Home PengurusanPengurusan Program Bahan Program Duta Sahsiah Murid

Bahan Program Duta Sahsiah Murid

by Cikgu Ayu dot My
Duta Sahsiah Murid

Kali ini kami kongsikan bahan-bahan berkaitan Program Duta Sahsiah Murid untuk kegunaan rakan-rakan guru. Apa itu Duta Sahsiah Murid? Bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melancarkan program ini.

Penganjuran ini diharapkan dapat menjadi pemangkin pembentukan karakter Karamah Insaniah dengan pelancaran di seluruh negara pada 31 Oktober 2023 (Selasa). Duta yang dipilih akan menjadi pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Program kolaboratif yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Jom Ke Sekolah, dinamakan semula dengan menerapkan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

Bahan Program Duta Sahsiah Murid

Dalam pek yang disediakan Cikgu Grafik ini, terdapat bahan-bahan berikut yang boleh dimanfaatkan bersama. Antara bahannya ialah sijil, gegantung / Bunting, Button Badge, Buku Program dan slaid tayangan latar pentas.

Contoh Buku Program Cikgu Ayu dot My

Boleh muat turun dan gunakan untuk program-program di sekolah cikgu. Sama sekali tidak dibenarkan untuk perkongsian yang bersifat keuntungan peribadi. Dapatkan terus menggunakan pautan di bawah:

  1. Buku Program Duta Sahsiah Murid
  2. Buku Program Transisi Tahun 1 2023
  3. Sambutan Bulan Kebangsaan 2023
  4. Sambutan Bulan Kebangsaan / Kemerdekaan
  5. Program Transisi Tahun 1
  6. Sambutan Hari Kanak-Kanak
  7. Buku Program Kejohanan Balapan dan Padang
  8. Pelancaran program Gerobok Rezeki
  9. Kreatif: Sambutan Bulan Panitia
  10. Kempen Sayang Buku teks
  11. Karnival Keusahawanan dan Kokurikulum
  12. Majlis Khatam Al-Quran
  13. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
  14. Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah
  15. Majlis Graduasi Tahun 6
  16. Karnival Keusahawanan dan Kokurikulum

Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Bahan Program Duta Sahsiah Murid ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari bahan berkaitan. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.