Home Dunia Pendidikan Lirik Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Lirik Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

by Cikgu Ayu dot My
Lirik Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Malaysia Madani

Lirik Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan yang merupakan lagu rasmi sempena sambutan hari kebangsaan / kemerdekaan 2023 ini dicipta dan lirik ditulis oleh Affan Mazlan. Lagu ini dinyanyikan oleh Khai Bahar dan Aina Abdul bersama-sama suara latar kumpulan Gemersik Korus. Lebih meriah dengan iringan Orchestration Datuk Mokhzani Ismail. Terbitan Bahagian Muzik RTM ini boleh juga diakses melalui laman Youtube.

Lirik lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan – Khai Bahar & Aina Abdul

Takkan pernah ku jauh
Sentiasa ku teguh
Pertahankan tanah airku
Panas hujan ku tempuh
Penuhi harapanku
Negaraku gagah bersatu

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia
Walau berbeza warna
Kita semua sama
Bersatu kita takkan goyah
Negaraku Madani
Perpaduan di hati
Selamanya ku malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia

Oo Oo Oo Oo
Oo Oo Oo Oo 2x
Laungkan bersama
Demi malaysia
Penuhi tekad harapan kita
Ini negara kita
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia
(Ulang 2x)

Cintai Malaysia…Selamanya

Perincian Logo Malaysia Madani

Penutup

Semoga dengan perkongsian Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru dan murid-murid sepanjang meraikan bulan kebangsaan ini. Terima kasih atas sokongan semua!

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.