Home Dunia Pendidikan Penyelesaian Isu Beg Berat Murid ke Sekolah

Penyelesaian Isu Beg Berat Murid ke Sekolah

by Cikgu Ayu dot My
Menangani isu beg berat

Isu beg berat ini ulang-ulang menjadi hangat dan kini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mula memutuskan solusi terbaik untuk menangani isu ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah memaklumkan kaedah dan ketetapan yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah beg sekolah murid terutama bagi murid-murid tahap satu sekolah rendah.

  1. Penyediaan lokar bagi murid tahap satu dan memperluaskan lokar bagi murid tahap dua.
  2. Penyusunan semula jadual waktu mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai.
  3. Penggunaan buku latihan tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada suatu masa.
  4. Murid hanya dibenarkan menggunakan buku aktiviti yang disediakan KPM.
  5. Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan.
  6. Penggunaan PdP berpusatkan murid.
  7. Murid diberi kelonggaran memakai uniform sekolah semasa sesi persekolahan KAFA.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.