Home Dunia Pendidikan Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

by Cikgu Ayu dot My
Sidang Media Khas KPM

Berikut merupakan intipati sidang media khas Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan di facebook rasmi KPM, EduWebTV KPM dan DidikTV KPM pada 15 Disember 2022 (Khamis) jam 3.00 petang.

  1. Menitikberatkan pembangunan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC)
  2. Menambahbaik proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan. Tumpu tujuh fokus utama termasuk isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru dan naik taraf sekolah daif 
  3. Setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah, meneruskan dasar-dasar sedia ada.
  4. Mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPKK) seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996 untuk membantu menyumbang idea, tambah baik pendidikan negara .
  5. Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.
  6. Menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.
  7. Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
  8. Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40.
  9. Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi.
  10. Memberi fokus kepada kebajikan guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.
  11. Memberi tumpuan kepada usaha ubahsuai dan naik taraf sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  12. Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian informasi melalui artikel Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan rakan-rakan berkaitan isu semasa yang diketengahkan dalam bidang pendidikan.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.