Home Dunia Pendidikan Senarai Semak Fail Kokurikulum Terkini

Senarai Semak Fail Kokurikulum Terkini

by Cikgu Ayu dot My
senarai semak fail pengakap

Saya kongsikan informasi Senarai Semak Fail Kokurikulum Terkini sempena nak melengkapkan Fai Pengakap kumpulan sendiri. Senarai semak ini boleh digunakan oleh mana-mana unit kokurikulum, sama ada Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, ataupun sukan dan permainan.

Kuncinya, dokumentasikan segala perjumpaan, perancangan. laporan dan mana-mana dokumen seawal hari pertama perjumpaan atau interaksi bermula. Semoga kita semua mampu istiqamah untuk mengelakkan kesukaran di kemudian hari. 😀

Kandungan Fail Kokurikulum

Sukar sekiranya tiada panduan untuk menyusun dokumen-dokumen yang ada. jadi, saya gunakan panduan daripada Borang Instrumen Kunjung Bantu dan Tinjauan Pembangunan Bakat Murid daripada JPWP Kuala Lumpur. Moga dapat membantu juga rakan-rakan yang sedang dalam misi yang sama; melengkapkan fail.

Fail Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, ataupun sukan dan permainan perlulah mengandungi item-item yang berikut:

  1. Surat permohonan penubuhan pasukan badan beruniform/kelab dan persatuan/sukan dan permainan daripada guru/murid disertakan bersama
    • a. draf perlembagaan/perlembagaan
    • b. draf aktiviti utama
    • c. senarai jawatankuasa penaja/senarai jawatankuasa.
  2. Surat kelulusan daripada penolong pendaftar sekolah. Ada penyataan kelulusan penubuhan.
  3. Surat pelantikan sebagai guru pemimpin/penasihat. Ada penyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan.
  4. Minit mesyuarat agung.
  5. Perlembagaan yang disahkan oleh penolong pendaftar sekolah.
  6. Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah.
  7. Takwim aktiviti tahunan yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah.
  8. Senarai keahlian yang disahkan oleh guru pemimpin.
  9. Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan (jika ada).
  10. Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada persatuan melalui guru pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar. (NGO sahaja)
  11. Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua/Guru Besar melalui guru pemimpin.
  12. Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada badan induk.
  13. Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada badan induk atau sijil penubuhan. (Semua pasukan badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah)
  14. Surat panggilan mesyuarat.
  15. Minit-minit mesyuarat yang diadakan.
  16. Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli.
  17. Laporan setiap aktiviti. (Mengikut format yang diberi)
    • a. merancang aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/inovasi
    • b. melaksanakan aktiviti yang dirancang
    • c. merekod data dan maklumat
    • d. menganalisis data dan maklumat
    • e. mengambil tindakan susulan.
  18. Laporan tahunan.
  19. Surat penyerahan kembali kuasa dan pelantikan sebagai guru pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.
  20. Stok dan aset alih bernilai rendah.
  21. Contoh sijil/surat penghargaan.

Pemarkahan Instrumen Kandungan Fail Kokurikulum

Sekiranya menerima kunjung bantu daripada Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), fail yang disediakan ini juga akan dinilai menggunakan skala di bawah:

SKORVERIFIKASI
SKALA
PENCAPAIAN
0Tiada atau tidak disediakan0% – 29%Sangat Lemah
1Maklumat / bahan ada tetapi tidak lengkap30% – 49%Lemah
2Maklumat / bahan telah disediakan dan dikenalpasti tetapi tidak dikemaskini50% – 69%Sederhana
3Maklumat / bahan memenuhi kriteria yang dikehendaki70% – 84%Baik
4Maklumat / bahan sangat baik dan boleh dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah lain85% – 100%Cemerlang

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.