Home Muat Turun Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat

Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat

by Cikgu Ayu dot My
Sekolahku Sejahtera Lapor Aduan Buli

Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat merupakan inisiatif kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDM). Langkah ini diharapkan mampu menyelesaikan permasalahan disiplin dan salah laku, khususnya dalam kalangan murid di institusi pendidikan bawah KPM.

Pihak KPM akan terus memantapkan lagi kerjasama dengan KDN menerusi PDRM dan AADK untuk mengekang salah laku, masalah disiplin murid serta keterlibatan mereka dalam kes-kes jenayah serta perlakuan yang menyalahi undang-undang.

Dalam menjayakan usaha ini, penglibatan seluruh lapisan masyarakat termasuk murid, guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa juga diharap dapat bersama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab menangani sebarang permasalahan disiplin dan salah laku yang boleh memberi kesan kepada masa depan anak-anak generasi pewaris negara.

Buku Program Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat

Rasanyanya banyak juga sekolah-sekolah yang turut terima kejutan untuk melibatkan diri dalam pelancaran secara hibrid di sekolah bersama murid-murid. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Dalam masa yang singkat, sempat juga membantu menyusun buku program.

Rakan-rakan yang berminat, boleh muat turun Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat melalui pautan di bawah. Perincian fail adalah seperti berikut:

Butiran Buku Program Sekolahku Sejahtera :

  • Format : Microsoft MowerPoint (.pptx)
  • Jenis tulisan (font) : Calibri (Body), Montserrat
  • Saiz fail : 6.2 MB

Laporkan Kes di Portal Aduan Buli KPM

Pada majlis ini, turut dilancarkan Portal Aduan Buli bagi membolehkan maklumat berkaitan perbuatan buli yang berlaku di institusi pendidikan KPM dapat disalurkan dengan pantas. Sebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui sistem aduan buli, e-mel dan juga talian telefon yang beroperasi 24 jam sehari.

Portal ini juga menyediakan maklumat mengenai tatacara pengendalian isu buli di sekolah yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada kita semua.

Portal ini boleh diakses melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli dan kejadian juga boleh dilaporkan dengan menghubungi talian 03-8884 9325 / 014-800 9325 atau menerusi e-mel [email protected].

Semoga inisiatif ini dapat membantu usaha menangani kejadian buli dan seterusnya mencegah perlakuan yang menyalahi undang-undang di semua institusi pendidikan KPM.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.