Home Laluan Kerjaya Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)

by Cikgu Ayu dot My
Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) merupakan salah satu ujian yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bermula tahun 2022. Ujian ini dilaksanakan untuk melihat tahap kecekapan guru-guru dalam menguasai Bahasa Melayu.

Antara matlamat lain pelaksanaan UPNMG adalah untuk meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui Kursus Kecekapan Berbahasa Secara Berfokus. Guru-guru yang terlibat sudahpun dikenal pasti melalui data e-Operasi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

Calon UPBMG dipilih dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada guru opsyen atau guru bukan opsyen. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022-2025 adalah calon yang terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar subjek tersebut di sekolah.

Guru-guru ini adalah guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah KPM.

Yuran Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)

Guru-guru tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan yuran menduduki ujian kerana UPBMG ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberikan pelepasan atau kebenaran kepada semua guru yang terlibat; sama ada kepada mereka yang terpilih sebagai calon atau yang dilantik sebagai pengawas atau pemeriksa.

Inisiatif #108 : Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu Tahun 2022-2025

Kertas yang ditawarkan meliputi empat komponen seperti yang berikut:

Kod KertasNara KertasPemberatTernpoh Menjawab
300/1Bertutur25%30 minit
300/2Membaca25%60 minit
300/3Menulis25%90 minit
300/4Mendengar25%30 minit
Daftar UPBMG

Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran tetapi ketetapan pusat ujian adalah tertakiuk kepada Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN). SPP, JPN berhak untuk menutup pusat sedia ada dan memindahkan calon ke pusat lain jika bilangan calon tidak mencukupi. Pusat sebenar calon akan dimaklumkan di dalam Slip Daftar Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG/D).

Keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)

  1. Keputusan UPBMG akan diumumkan pada portal MPM.
  2. CaIon juga boleh mencetak sijil UPBMG daripada portal MPM.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian info mengenai Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) ini dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan buat semua yang membacanya. Moga-moga dipermudahkan urusan buat semua guru yang terlibat, juga beroleh kejayaan.

Doa-doa Allah kurniakan kerahmatan dan kasih sayang yang berterusan. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya! 

Related Posts

1 comment

Siti Hawa August 21, 2022 - 1:13 AM

Assalamualaikum… mohon pencerahan.. saya terlupa untuk daftar. Tarikh pendaftaran sudah lepas. Macamana ye?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.