Anugerah Bintang Nilam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

by Cikgu Ayu dot My

Salam Ramadan. Saya kongsikan informasi Anugerah Bintang Nilam bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Perkongsian ini boleh dijadikan rujukan guru, ibu bapa dan juga murid-murid yang sedang mencari maklumat tentang ini.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang pengiraan pengiktirafan Bintang Nilam. Pengiraan ini telah mengalami proses tambah baik. Murid-murid boleh meningkatkan markah prestasi PAJSK dengan adanya pengiktirafan bintang dalam Program Nilam.

Semua guru dan ibu bapa perlu berganding bahu untuk memupuk minat membaca dalam diri anak-anak. Melalui amalan membaca, kita dapat mengamalkan budaya ilmu. Bimbing anak-anak untuk melibatkan aktif dalam program-program membaca yang dianjurkan.

Anugerah Bintang Nilam Sekolah Rendah

1 BINTANG144 –287
2 BINTANG288 –431
3 BINTANG432 –575
4 BINTANG576 –719
5 BINTANG720 –ke atas
PENGIKTIRAFAN Sekolah Rendah (Pra Sekolah – Tahun 6)

Anugerah Bintang Nilam Sekolah Menengah

1 BINTANG120 –239
2 BINTANG240359
3 BINTANG360479
4 BINTANG480 –599
5 BINTANG600 ke atas
PENGIKTIRAFAN Sekolah Menengah (Peralihan – Tingkatan 5)

Anugerah Bintang Nilam Tingkatan 6

1 BINTANG48 –95
2 BINTANG96 –143
3 BINTANG144 –191
4 BINTANG192 –239
5 BINTANG240ke atas
PENGIKTIRAFAN Sekolah Menengah (Tingkatan 6 Bawah – Tingkatan 6)

Markah Nilam dalam PAJSK

Berikut merupakan skor aspek penglibatan kokurikulum bagi Program Nilam yang telah ditambah baik. Boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui skor bagi peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Markah PAJSK NILAM

Maklumat bersumberkan perkongsian daripada Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jom sama budayakan hobi membaca!

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian tulisan Anugerah Bintang Nilam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru, ibu bapa dan juga murid.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah berikan ganjaran berlipat ganda kepada kita dan keluarga atas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan menyempurnakan amanah.

Doa-doa moga-moga Allah memberikan kesihatan yang baik dan keupayaan yang tinggi untuk terus Istiqamah melakukan kebaikan. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My ya! 🙂

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.