Home Isu Semasa Pelaksanaan PDPR Selepas Aidilfitri 2021 – Datuk Dr. Radzi Jidin

Pelaksanaan PDPR Selepas Aidilfitri 2021 – Datuk Dr. Radzi Jidin

by Cikgu Ayu dot My
Laksana PDPR Lepas Aidilfitri - Dr Radzi Jidin

Terlanjur tonton Buletin Utama TV3 Tadi. Saya kongsikan juga di sini berita pelaksanaan PDPR selepas Aidilfitri 2021. Pengumuman ini telah disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin melalui Sidang Media 26 April 2021.

PDPR merujuk kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Melalui sidang media ini, turut dikongsikan keputusan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Sekolah Terus Dibuka Kecuali Dinasihat Tutup

Beliau juga memaklumkan bahawa setakat ini sekolah di seluruh negara akan kekal dibuka dalam keadaan selamat. Kecuali bagi sekolah-sekolah yang mendapat nasihat penutupan oleh pihak berikut:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut data dan analisis, hanya 52 kluster (4.8%) yang mewakili kluster Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Angka ini jauh lebih kecil daripada angka keseluruhan 1591 kluster sepanjang tempoh ini.

Bahan PdPR: Laman Web Himpunan kuiz Bahasa Melayu

Kes Jangkitan Covid-19: Perincian Kluster KPM

Sehingga 25 April 2021, sebanyak 99 kluster pendidikan telah dikesan. 99 kluster ini mewakili bilangan 6549 kes yang melibatkan institusi pendidikan. Perinciannya seperti di bawah:

  • 52 Institusi kelolaan KPM (2274 kes)
  • 47 Selain KPM (4275 kes)

Berikut pula merupakan perincian kluster pendidikan (KPM):

  • 25 kluster Sekolah Asrama (1,559 kes)
  • 22 kluster Sekolah Bukan Asrama (585 kes)
  • 2 kluster Institut Pendidikan Guru (39 kes)
  • 2 kluster Kolej Matrikulasi (41 kes)
  • 1 kluster Institut Aminuddin Baki (50 kes)

Pelaksanaan PDPR Selepas Aidilfitri 2021

Sesi PDPR akan dilaksanakan selama 10 hari selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Sesi persekolahan secara bersemuka pula akan dijalankan selepas tamat cuti penggal persekolahan pada 12 Jun 2021 (Kumpulan A) dan 13 Jun 2021 (Kumpulan B).

Pelaksanaan PDPR Selepas Aidilfitri 2021

Sukar untuk dijangka, keadaan sambutan hari raya pada tahun ini. Jika dilihat kepada kes yang tidak melibatkan kluster pendidikan, keadaan ini agak membimbangkan.

Pihak KPM membuat pengumuman awal supaya pihak sekolah dapat membuat pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Sediakan mental fizikal untuk PPDP, kita mampu menentang Covid-19!

Baca juga: RPH Lengkap Semua Subjek Sekolah Rendah

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian berita Pelaksanaan PDPR Selepas Aidilfitri 2021 ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru yang terlepas mengikuti Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan tadi.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Moga-moga Allah berikan ganjaran berlipat ganda kepada kita dan keluarga atas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan menyempurnakan amanah.

Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My ya! 🙂

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.