Home Isu Semasa Senarai Penuh Kematian COVID-19 di Malaysia

Senarai Penuh Kematian COVID-19 di Malaysia

by Cikgu Ayu dot My
corona virus, covid19

Seluruh rakyat berduka atas penularan virus korona (corona virus) yang turut melibatkan Malaysia. Keadaan semakin meruncing sehingga memaksa pihak penguasa melaksanakkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kerjasama rakyat dalam membantu memutuskan rangkaian virus amat diharapkan ketika ini. Oleh itu, sama-samalah kita kekal berada di rumah. Please stay at home.

Kes Kematian Akibat COVID-19

Sehingga kini, pihak Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencatatkan 10 kematian akibat Corona Virus.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. Kes kematian ini mula meningkat setelah kes kematian pertama pada 17 Mac 2020.

1. Kes Kematian Pertama COVID-19

Kematian pertama melibatkan Kes ke-178 Hospital Permai, Johor Bahru. Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020. Lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. • Beliau mengalami gejala demam mulai 5 Mac 2020.

2. Kes Kematian Kedua COVID-19

Kematian kedua akibat virus korona ini melibatkan kes ke-358 di Hospital Umum Sarawak. Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020. Lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020.

3. Kes Kematian Ketiga COVID-19

Melibatkan kes ke-152 di Hospital Tawau. Disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020. Lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospita Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

4. Kes Kematian Keempat COVID-19

Melibatkan Kes positif corona virus ke-238 di Hospital Melaka. Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020. Letaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala Severe Acute Respiratory infection.

5. Kes Kematian Kelima COVID-19

Kes ke-1031 di Borneo Medical Centre, disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengatarni demam dan batuk selama 5 hari.

6. Kes Kematian Keenam COVID-19

Kes ke-1032 Hospital Umum Sarawak Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020. Wanita warganegara Malaysla berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020.

7. Kes Kematian Ketujuh COVID-19

Kes ke-290 di Hospital Kuala Lumpur Disahkan meninggal dunia pada pada 21 Mac 2020. Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 darl kluster tabligh.

8. Kes Kematian Kelapan COVID-19

Kes ke-78 Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dlmasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setetah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020

9. Kes Kematian Kesembilan COVID-19

Kes ke-890 yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki. Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020

10. Kes Kematian Kesepuluh COVID-19

Kes ke 259. Lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster Tabligh. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2020. Beliau diberikan bantuan alatan pernafasan setetah keadaan kesihatan semakin merosot. Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 di Hospital Pulau Pinang.

Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.