Elaun Guru Sains, Matematik & Bahasa Inggeris Dihentikan

Elaun Guru Sains, Matematik & Bahasa Inggeris Dihentikan
Sebagaimana yang telah kita maklum, pada tahun 2003 telah dikeluarkan Surat Pekeliling (SPP KPM Bil.3 2003) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) akan diberikan kepada semua guru subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains bagi menyokong dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah diperkenalkan pada waktu itu.

BISP ini akan dihentikan bermula 1 Januari 2014 sekaligus Surat Pekeliling KPM Bil.3 2003 dengan rasminya terbatal.

Kementerian sedang meneliti dan akan mempertimbangkan pemberian insentif baharu dan akan dimajukan untuk persetujuan Agensi Pusat kelak. Info lanjut bolehlah diperoleh melalui surat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sini [KLIK]. 
Jangan lupa kongsi bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Share on Google+
Google+
Email this to someone
email
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *