Rakan-rakan guru boleh muat turun font buku teks atau jenis tulisan lain yang digunakan untuk murid prasekolah, sekolah rendah, tadika, pemulihan dan sebagainya. Kredit kepada pemilik asalnya, semoga diganjarkan pahala yang berterusan.
Untuk membina modul di awal pendidikan anak-anak, pastinya tita tidak hanya cari jenis tulisan cantik. Namun, kita perlu menilai bentuk bagi setiap abjad supaya anak-anak ini dapat belajar menulis abjad dengan betul.
Jenis tulisan yang dikongsikan ini dapat membantu guru-guru menyusun modul, lembaran kerja, bahan pentaksiran bilik darjah dan juga bahan bantu mengajar (BBM) yang lain. Saya juga gunakan untuk susun modul saya, lihat di Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5.
JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My
Muat Turun Font Buku Teks
Ada beberapa jenis tulisan sekolah rendah / prasekolah yang ingin saya kongsikan. Hanya perlu klik butang muat turun dan install di komputer rakan-rakan untuk menggunakannya.
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian Muat Turun Secara Percuma Jenis Tulisan atau Font Sekolah ini dapat memudahkan urusan guru-guru untuk membangunkan bahan pembelajaran. Jangan pernah lelah untuk melakalukan yang terbaik. Setiap kebaikan akan kembali juga kepada kita semua, insha-Allah.
Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂
8 comments
Terima kasih Cikgu Ayu.. Sangat membantu. Semoga Allah memberkati kehidupan Cikgu.. Salam Ukhuwah daripada saya:-)
terima kasih cikgu, saya sekarang cuba menghasilkan modul matematik tahun 2 untuk tambah, tolak, darab dan bahagi.
terima kasih cikgu ayu…semoga Allah membalas segala kebaikan cikgu kepada saya..sampai cikgu dooh.
sayang*
Font ini membantu saya untuk didik anak murid saya. Terima kasih atas info ini cikgu
Terima Kasih Cikgu Ayu, perkongsian ini banyak membantu saya untuk membina bahan pembelajaran anak murid saya. Semoga Allah sentiasa merahmati cikgu sekeluarga.
maaf ye sy cikgu.. nk tnya waknan dot yang jawi ada x
Jazakillah Cikgu Ayu…