Home Pengurusan Borang Skor PBPPP – Instrumen Penilaian Kendiri 2022

Borang Skor PBPPP – Instrumen Penilaian Kendiri 2022

by Cikgu Ayu dot My
Borang Skor PBPPP Boleh Edit

Saya kongsikan untuk memudahkan carian Borang Skor PBPPP, instrumen penilaian kendiri yang digunakan untuk melengkapkan item dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT). PBPPP ialah singkatan kepada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk menentukan tahap prestasi pada setiap tahun.

Elemen Penilaian dalam Borang Skor PBPPP

Instumen yang terdapat dalam borang ini ialah penilaian kompetensi dan keberhasilan. Penilaian kompetensi ini termasuklah:

Nilai Profesional
Amalan Profesional
Hubungan Dengan Pelanggan
Sahsiah
Mengutamakan Pencapaian
Kepantasan Bertindak
Kematangan Emosi Dan Keyakinan Diri
Budaya Kerja Sepasukan
Berfokuskan Pelanggan
Potensi
Kepimpinan Berwawasan Dan Membuat Keputusan
Penyesuaian Perubahan
Keinginan Menimba Pengetahuan
Pemikiran Kreatif Dan Inovatif
Keilmuan Dan Pengetahuan
Dasar-Dasar Kerajaan
Peraturan Dan Pekeliling
Penguasaan Bidang Tugas
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk)
Kesediaan Dan Kewibawaan
Kesediaan Menjalankan Arahan / Tugas-Tugas Lain
Keupayaan Melaksanakan Bimbingan Dan Pementoran
D2 Penglibatan
Hubungan Luar
Jalinan Dan Jaringan (Networking And Lingkages)
Sumbangan
Sumbangan Profesional Dan / Atau Sosial
D3 Kemahiran
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Pengetahuan
Perancangan
Pengetahuan Pentaksiran
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Penyampaian
Penggunaan Sumber Pendidikan
Kemahiran Komunikasi
Teknik Penyoalan
Penglibatan Dan Penguasaan Pembelajaran Murid
Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian Prestasi Murid

Muat Turun Borang Skor PBPPP

Borang Skor PBPPP Instrumen Penilaian Kendiri boleh edit

Borang ini mungkin juga boleh didapati melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my/ untuk rujukan guru-guru yang akan dinilai pada tahun semasa. Boleh juga klik pautan di bawah untuk memuat turun bahan:

Borang Skor PBPPP Instrumen Penilaian Kendiri

Borang ini saya sunting untuk kemaskan bahagian tetapan layout, jika ada sebarang kekurangan, mohon dimaafkan. Semoga perkongsian sekecil ini dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang memerlukan.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Borang Skor PBPPP – Instrumen Penilaian Kendiri ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan melengkapkan borang dengan lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

2 comments

Hafizan Suin June 17, 2023 - 9:37 PM

Salam Cikgu, macmana nak dapatkan markah Penilaian Kendiri ni sebelum transfer ke eprestasi?

Reply
Cikgu Ayu dot My September 1, 2023 - 11:01 AM

Pihak pentadbir akan uruskan markah penilaian kendiri nanti.

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.