Home Tutorial Canva Pro Percuma Menggunakan Akaun DELIMa atau Institusi Pendidikan

Canva Pro Percuma Menggunakan Akaun DELIMa atau Institusi Pendidikan

by Cikgu Ayu dot My
Canva Pro Percuma

Ada yang tercari-cari tutorial Canva Pro Percuma menggunakan akaun DELIMa? Guru-guru dan murid boleh memanfaatkan Canva for Education secara percuma! Menarik bukan? Sebelum ini saya kongsikan kepada guru-guru yang bermic di sekolah dan murid yang nak gunakan Canva untuk tujuan pembelajaran atau pertandingan.

Aplikasi ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh guru-guru melalui akaun DELIMa KPM sahaja. Namun begitu, mana-mana institusi pendidikan yang lain juga dapat menggunakan akaun ini dengan menggunakan emel institusi masing-masing. Contohnya:-

Ingat, ini keistimewaan buat semua yang menggunakannya untuk tujuan pendidikan. Jika tidak, kita perlu langgan sebanyak RM249.90 setahun untuk menggunakan fungsi ini.

Manfaat Canva Pro Percuma

Warga pendidik boleh menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Canva Pro menggunakan akaun Canva for Education. melalui akaun ini, guru-guru dapat memanfaatkan fungsi-fungsi untuk mengedit gambar. Antaranya ialah:-

  1. 420,000 templates percuma
  2. Lebih 75,000,000 gambar, video dan grafik percuma
  3. 1000 GB ruang simpanan
  4. 3000 jenis tulisan disediakan
  5. Muat naik font sendiri
  6. Ubah saiz kanvas dengan mudah
  7. Buang latar belakang gambar (remove backgrounds) dengan hanya satu klik
  8. Muat turun gambar tanpa latar belakang (transparent background)
  9. Simpan rekaan grafik sebagai templates.

Jika anda bukan seorang guru, masih lagi boleh gunakan Canva untuk menguruskan grafik. Namun, fungsinya agak terhad dan ruang simpanan bahan diperuntukkan sebanyak 5BG.

Tutorial Canva Pro Percuma

Log masuk dengan emel atau ID DELIMa KPM belum tentu akaun pro kita telah bertukar statusnya ke akaun PRO. Pastikan cikgu-cikgu ikuti langkah-langkah mudah di bawah:-

Akaun Canva PRO Percuma
  1. Klik pautan https://www.canva.com/education/
  2. Klik butang Sign Up dipenjuru kanan atas paparan
  3. Ikuti langkah yang ditetapkan semasa mendaftar
  4. Dokumen pengesahan boleh juga menggunakan kad NUTP atau mana-mana surat yang menunjukkan kita berkhidmat di institusi pendidikan.

Sekiranya cikgu-cikgu telah Sign Up sebelum ini menggunakan emel MoE namun masuk belum dapat akses pro, boleh juga ikuti langkah-langkah ini:-

  1. Jika anda telah berada dalam dashboard Canva, pastikan emel yang digunakan ialah emel institusi pendidikan
  2. Klik Account Setting (ikon gear) di penjuru atas paparan
  3. Kemudian, pilih billing & teams
  4. Setelah itu, klik Canva for Education
  5. Buat pengesahan dan selamat menikmati akaun Canva Pro
canva pro tutorial

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian tutorial Canva Pro Percuma menggunakan akaun DELIMa ini dapat membantu rakan-rakan guru menghasilkan poster, infografik, video dan pelbagai grafik dengan mudah, cepat dan tepat.

Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

2 comments

Rosma October 27, 2021 - 1:01 PM

Terima kasih cikgu ayu atas perkongsian, dr duku banyak gunakan bahan-bahan yg cikgu share..semoga cikgu dikurnia kesihatan yg baik untuk terus memberi…

Reply
siti nurhafazah May 27, 2023 - 7:17 PM

salam cikgu ayu..saya dah ada akaun delima dan selalu gunakan canva ni..tp yg basic je..bila saya log in dengan akaun moe..saya g ke setting tu..xde billing&team tapi ada billing&plans je..so x leh nk tukar canva ke pro tu..camna ye nk buat cikgu?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.