Sedang cari contoh Buku Program Sukan Tahunan? Buku Program Kejohanan Olahraga? Buku Program Kejohanan Balapan dan Padang? Semuanya tak jauh beza, cuma bagaimana cara program tersebut berlangsung akan mengubah sedikit sebanyak nama temasya tersebut.
Saya kongsikan buku program yang telah saya hasilkan untuk kejohanan di sekolah saya. Tidaklah begitu baik atau cantik. Cuma memenuhi objektif penghasilan buku program tersebut; menyampaikan maklumat tentang sesuatu program yang dilaksanakan. Moga bermanfaat.
Kalau sudah kering idea, boleh muat turun buku program yang telah saya muat naik di Google Drive. Dokumen tidak dapat dipaparkan di situ, namun masih boleh dimuat turun.
Muat Turun Buku Program Kejohanan Balapan dan Padang
Buku program Kejohanan Balapan dan Padang ini disusun untuk kegunaan guru-guru di sekolah. Susun atur bifold ini dilaksanakan untuk memaksimumkan penggunaan ruang.
- Format : Microsoft Publisher
- Size : A4 (Bifold)
- Fon Asas
Selamat memanfaatkan. Tinggalkan komen dan cadangan supaya kami dapat memberikan hasil yang lebih baik pada masa akan datang! Guru-guru boleh memuat turun buku program melalui pautan berikut:
assalamualaikum…terima kasih atas perkongsian cikgu…sangat2 membantu..