Home PengurusanBuku Program Buku Program Kempen Sayang Buku Teks

Buku Program Kempen Sayang Buku Teks

by Cikgu Ayu dot My
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan bantuan pinjaman buku teks secara percuma kepada semua murid. Hal ini bertujuan supaya semua murid berpeluang sama rata menggunakan buku teks dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks di setiap sekolah kebiasaannya akan melaksanakan kempen penjagaan buku teks  sebagai salah satu langkah untu menyuntik kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan buku teks supaya buku-buku ini dapat digunakan oleh generasi seterusnya.
Kempen Sayangi Buku Teks ini juga dapat melahirkan murid yang mampu menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi.

Objektif Kempen Sayang Buku Teks

  1. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna.
  2. Mengetahui kepentingan dan cara-cara penjagaan buku teks yang berkesan.
  3. Melahirkan insan yang bersukur dan menghargai nikmat yang telah diberikan.

Muat Turun Buku Program

Buku Program Kempen Sayangi Buku Teks ini dikongsikan kepada guru-guru sebagai tanda sokongan kami terhadap program yang diusahakan. Semoga dengan tersebarnya buku program ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugasan guru-guru dalam menguruskan program ini.

? Format dan saiz : 
  1. Format : Microsoft Power Point (.ppt)
  2. Size : A4 (Trifold)
? Font yang digunakan :
  1. Marker Felt
  2. Calibri
  3. Master Of Break

buku program bulan bahasa kebangsaan

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.