Home PengurusanBuku Program Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan

Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan

by Cikgu Ayu dot My
Buku Program Sambutan Merdeka - Bulan Kebangsaan 2020

Sempat juga siapkan Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan dalam norma baharu ini. Ada beberapa orang rakan guru yang bertanya, jadi saya siapkan buku program ini untuk kegunaan semua.

Sambutan Dalam Norma Baharu

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos juga melakar sejarah baharu kepada rakyat Malaysia. Acara perbarisan dan perarakan perlu mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen.

Begitu juga sambutan di sekolah, tiada sebarang perhimpunan diadakan untuk menjaga jarak fizikal. Aktiviti juga perlu diperhalusi supaya semua standard operating procedure (SOP) dapat dipatuhi oleh warga sekolah.

Bacaan Lanjut :
Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2020

Aktiviti Bulan Kebangsaan Dalam Norma Baharu

Alhamdulillah di sekolah saya telah dilaksanakan pelancaran dan kibar Jalur Gemilang. Di sini saya kongsikan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah dalam norma baharu.

  • Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
  • Siaran Lagu-lagu Patriotik.
  • Hiasan bendera / kain rentang atau gegantung pada bangunan sekolah.
  • Pameran Sejarah yang boleh dilaksanakan secara dalam talian atau menerusi ruang pameran.
  • Info 5 minit tentang Sejarah / Tokoh Negara.
  • Pertandingan Mewarna Poster.
  • Pertandingan Melukis Poster.
  • Pertandingan Word Search bertemakan Kemerdekaan.
  • Pertandingan Crossword Puzzle dengan tema Kemerdekaan.
  • Kuiz dalam talian atau bertulis.
  • Pertandingan Tulisan Jawi (Tema Kemerdekaan) Pra Sekolah
  • Pertandingan Tulisan Jawi Pantun / sajak (Tema Kemerdekaan) Tahap 1
  • Pertandingan Tulisan Jawi pantun / sajak (Tema Kemerdekaan) Tahap 2
  • Pertandingan Nyanyian Solo dalam Talian
  • Penutupan Bulan Kemerdekaan Kibar jalur gemilang dalam kelas masing-masing.

Perkongsian 15 aktiviti ini merupakan perkongsian sahabat saya, Cikgu Raihan Jalaludin yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya, Ipoh. Guru-guru yang masih tercari-cari kertas kerja, boleh dapatkan melalui pautan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan.

Bacaan Lanjut :
Gambar Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan

Muat Turun Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan

Muat Turun Buku Program Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan melalui pautan di bawah. Perincian fail adalah seperti berikut:

Butiran Buku Program Hari Kebangsaan :

  • Format : Microsoft MowerPoint (.pptx)
  • Jenis tulisan (font) : Montserrat Bold
  • Saiz fail : 52.8 MB

Related Posts

5 comments

roza September 13, 2020 - 11:55 PM

assalamualaikum
alhamdulillah
terima kasih semoga Allah lipat gandakan rezeki cikgu Ayu sekeluarga dunia akhirat.

Reply
cikgu shauqi August 13, 2021 - 8:35 AM

Alhamdulillah. terima kasih cikgu atas perkongsian. semoga cikgu dan team diberkati selalu

Reply
Akmad August 16, 2021 - 10:10 PM

As salam cgu Ayu. Boleh tak bagi contoh2 sijil utk program sm. tq

Reply
Cikgu Ayu dot My August 26, 2021 - 4:43 PM

Boleh.. Insha-Allah 🙂

Reply
FADHILAH July 31, 2022 - 12:36 PM

ASSALAMUALAIKUM CIKGU AYU. MOHON SHARE YE CIKGU. SBAGAI RUJUKAN. MOGA ALLAH BERKATI CIKGU AYU,,AMIN

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.