Home PengurusanBuku Program Buku Program Transisi Tahun 1 2023/2024

Buku Program Transisi Tahun 1 2023/2024

by Cikgu Ayu dot My
Buku program transisi Tahun 1 2023

Buku Program Transisi Tahun 1 ini adalah perkongsian untuk melancarkan lagi perancangan dan pelanksanaan program ini di sekolah. Dengan adanya buku program ini, diharapkan segala maklumat dapat disebarkan dengan lebih tersusun dan bermakna.

Setiap tahun pastinya anak-anak yang ingin memulakan persekolahan formal melalui proses atau program orientasi dan transisi tahun 1. Program ini adalah laluan wajib untuk membiasakan murid dengan perubahan sistem pembelajaran daripada tidak formal kepada formal.

Program transisi yang bermula pada tahun 2001 ini menekankan aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid untuk menyediakan mereka kepada perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan di sekolah rendah. Salah satu hala tuju pelan peralihan ini adalah untuk persediaan secara holistik, termasuklah untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.

Tahniah kepada semua penyelaras dan guru-guru tahun 1 yang tetap cemerlang menguruskan, meskipun menghadapi beberapa perubahan yang bergantung kepada situasi, tempoh dan keperluan semasa.

Bahan-bahan dan dokumen berkaitan:

  1. Buku Program Transisi Tahun 1 2023 [KLIK]
  2. Surat Siaran Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 [KLIK]
  3. Garis Panduan Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 [KLIK]
  4. Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 Siri 2 [KLIK]

Muat Turun Buku Program Transisi Tahun 1

Buku program transisi Tahun 1 2023

Muat Turun Buku Program melalui pautan di bawah. Perincian fail adalah seperti berikut:

Butiran Buku Program Transisi Tahun 1 :

  • Format : Microsoft MowerPoint (.pptx)
  • Jenis tulisan (font) : Montserrat Bold
  • Saiz fail : 52.8 MB

Contoh Buku Program Cikgu Ayu dot My

Boleh muat turun dan gunakan untuk program-program di sekolah cikgu. Sama sekali tidak dibenarkan untuk perkongsian yang bersifat keuntungan peribadi. Dapatkan terus menggunakan pautan di bawah:

  1. Buku Program Duta Sahsiah Murid
  2. Buku Program Transisi Tahun 1 2023
  3. Sambutan Bulan Kebangsaan 2023
  4. Sambutan Bulan Kebangsaan / Kemerdekaan
  5. Program Transisi Tahun 1
  6. Sambutan Hari Kanak-Kanak
  7. Buku Program Kejohanan Balapan dan Padang
  8. Pelancaran program Gerobok Rezeki
  9. Kreatif: Sambutan Bulan Panitia
  10. Kempen Sayang Buku teks
  11. Karnival Keusahawanan dan Kokurikulum
  12. Majlis Khatam Al-Quran
  13. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
  14. Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah
  15. Majlis Graduasi Tahun 6
  16. Karnival Keusahawanan dan Kokurikulum

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Buku Program Transisi Tahun 1 ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari bahan berkaitan. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.