Home PengurusanBuku Program Buku Program Majlis Khatam Al-Quran

Buku Program Majlis Khatam Al-Quran

by Cikgu Ayu dot My

Saya kongsikan juga Buku Program Majlis Khatam Al-Quran. Minggu terakhir di sekolah sebelum menjelang Syawal, kebiasaannya Panitia Pendidikan Islam melalui Program Ihya’ Ramadan akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.

Program seumpama ini pastinya mampu melengkapkan Ibadah Ramadan dan dapat mentarbiyah warga sekolah untuk mencintai Kalam Allah ini.

Budaya Cinta Al-Quran

Warga sekolah akan didekati untuk memahami dan menghayati kandungan Al-Quran. Semoga bulan Ramadan ini mampu menjadi titik pemula untuk mendidik dan melatih warga sekolah supaya terus mendekati dan memahami kandungan Al-Quran.

Program Khatam Al-Quran

Khatam merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang bermaksud tamat. Program Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan tradisi warga sekolah yang telah bersama-sama melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Semasa majlis ini berlangsung, murid-murid akan bergilir-gilir membaca Al-Quran sehinggalah tamat.

Muat Turun Buku Program Majlis Khatam Al-Quran

Saya sediakan template buku program Majlis Khatam Al-Quran ini untuk kegunaan guru-guru di sekolah. Format buku program ini ialah (.pptx). Boleh diedit menggunakan Microsoft PowerPoint.

Kesimpulannya

Semoga dengan perkongsian Buku Program Majlis Khatam Al-Quran ini sedikit-sebanyak dapat memudahkan urusan sahabat-sababat guru.

Semoga segala amal jariah kita dalam mendidik anak-anak murid mampu menyuburkan ganjaran pahala di sepanjang jalan ke sana. 🙂

Related Posts

11 comments

fiza October 29, 2018 - 11:02 AM

terima kasih cg ayu

Reply
Cikgu Ayu dot My November 18, 2018 - 9:47 PM

Sama-sama. 🙂

Reply
Cg Wani April 18, 2019 - 10:24 PM

assalamuaalaikum cg ayu..terima kasih di atas perkongsian… semoga Allah permudahkan urusan cg Ayu dan sentiasa dimurahkan rezeki..In shaa Allah..

Reply
NORLAILA BINTI IBRAHIM May 15, 2019 - 9:31 AM

Salam cikgu ayu..kenapa saya nak download pamplet ni xbleh ye?

Reply
syarifah nor hamizan May 16, 2019 - 4:28 PM

salam cikgu ayu.. boleh share buku program khatam al quran tuh. sangat cantik

Reply
mar May 22, 2019 - 10:27 PM

trma ksh cikgu, izinkn sy guna utk skolah sy ye..

Reply
cikgu ita November 6, 2019 - 9:43 PM

assalamualaikum dan terima kasih cikgu Ayu,,mohon panduan membuatnya.saya udak baru belajar

Reply
CIKGU NIZA October 20, 2020 - 12:02 PM

ASSALAMUALAIKUM,
AMAT MENARIK. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

Reply
Norrul Hafizah Osman May 6, 2021 - 6:04 PM

syukran sgt2 cikgu Ayu..akk dload buku program ye..moga rezeki awk terus mencurah mengalir spt air sungai…Amiin..

Reply
Cikgu Ayu dot My May 11, 2021 - 9:27 AM

Amin.. Moga Allah makbulkan doanya. 😀

Reply
FADHILAH March 23, 2023 - 8:47 AM

Assalamualaikum Cikgu Ayu. mohon sahre buku program Khatam Al-Quran cikgu 🙂

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.