Pembelajaran Abad Ke-21

Murid Nilai Hasil Kerja Menggunakan Padlet

2

Pernah dengar assessment for learning? Guru boleh menggunakan Padlet.Com sebagai alat penilaian yang interaktif. Penggunaan Padlet.Com ini amat membantu murid untuk membuat penilaian sewaktu sesi pembelajaran mereka. Melalui Pembelajaran Abad Ke-21, murid sepatutnya sudah terlatih untuk menilai sendiri hasil kerja mereka, atau setidak-tidaknya berupaya membuat penilaian berpasangan (peer assessment) secara berpandu.

 

Keperluan:

  • Komputer
  • Sambungan Internet
  • Skrin dan Projekor

 

https://padlet.com/

Guru perlu mendaftar masuk ke laman https://padlet.com/ menggunakan akaun Google atau Facebook untuk membina tapak pembelajaran. Setelah berjaya membina tapak (Make a Padlet), bolehlah kongsikan pautan tapak tersebut  dengan murid-murid. Murid boleh menggunakan komputer yang berlainan untuk membuat catatan pada tapak padlet yang disediakan. Boleh dilaksana secara individu, berpasangan atau berkumpulan; mengikut kesesuaian isi pembelajaran.

 

Papar dan Nilai

Pada tapak Padlet yang disediakan, murid dapat catat maklumat dan membaca maklumat yang diberikan oleh rakan / kumpulan yang lain. Sebagai permulaan, guru boleh juga boleh pancarkan tapak berikut menggunakan projektor agar penilaian dapat dilaksanakan dengan berpandu dan lebih bermakna. Sekiranya terdapat kesalahan, mana-mana murid dapat bersuara dan memperbetul catatan murid untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Contoh Padlet yang dikongsi bersama murid:
Tahun 3 – Kata Majmuk

 

Cikgu Ayu dot My
Blog Cikgu Ayu dot My merupakan laman perkongsian ilmu dalam bidang perguruan. Para pengunjung blog ini dialu-alukan untuk menyumbang idea dan bahan untuk sama-sama dimanfaatkan bersama pendidik yang lain. - [email protected]

Pembahagi Fail Versi Jimat Dakwat

Previous article

Buku Program Majlis Khatam Al-Quran

Next article

You may also like

2 comments

  1. Cikgu pun boleh anotate, beri markah dan komen jawapan murid dalam padlet✔️👍

    1. Wah, sangat menarik. 😀

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.