Home Pembelajaran Abad Ke-21 Penilaian Murid dalam PAK21

Penilaian Murid dalam PAK21

by Cikgu Ayu dot My

Dah tiba masanya kita aplikasikan penilaian untuk pendidikan dengan lebih berkesan. Pelbagai langkah dan cara boleh dipraktikkan. Antaranya, penilaian secara berpasangan (peer assessment). Guru jangan gila kuasa, 100% mahu kuasai penilaian hasil kerja murid. Secara beransur-ansur kita perlu melatih kemampuan murid untuk menilai hasil kerja mereka sendiri.

Beri Panduan dan Bimbing Mereka Analisis

Saya guru Bahasa dan cenderung untuk memberikan contoh pembelajaran Bahasa Melayu. Apabila membuat latihan kefahaman, murid akan menjawab beberapa soalan dan murid perlu tahu apa jawapan yang betul dan apa elemen bahasa yang perlu disemak. Semasa menyemak jawapan, murid perlu analisis beberapa kriteria berikut:

  1. JB : Jawapan Betul
  2. PA : Pelengkap Ayat
  3. HB : Huruf Besar
  4. TB : Tanda Baca
  5. SA : Susunan Ayat

Mungkin mudah diingat melalui gambaran cerita:
Jabatan Bomba, Padam Api, Hospital Besar, Taman Bunga, Shah Alam

Bukan Boleh Dilatih Dalam Masa Singkat

Dengan wujudnya kelas Mixed-Ability yang mengumpulkan murid pelbagai aras kebolehan dalam satu kelas, memang diakui tidak mudah untuk menguruskannya. Juga tidak terlalu sukar, apatah lagi mustahil. Langkah pertama biasanya sukar, namun apabila murid dapat menguasai asas, segalanya akan memberikan kita senyuman. Pembelajaran adalah satu proses dan kita perlu mengatur dengan baik.

Proses Pembelajaran yang Berterusan

Murid perlu tahu apa jawapan yang betul. Cara membuat pelengkap ayat sama ada di hadapan atau di belakang jawapan. Perkataan yang perlu menggunakan huruf besar. Penggunaan tanda baca yang bersesuaian, terutamanya noktah. Akhir sekali boleh bimbing mereka  menyemak susunan ayat yang betul dan gramatis.

Pada awal pembelajaran, murid boleh menyemak dengan mengesan jawapan yang betul, penggunaan huru dan tanda baca yang tepat. Murid yang telah menguasai aspek tersebut, boleh dibimbing untuk menilai aspek yang selebihnya. Melalui penilaian ini, murid akan lebih peka semasa membuat latihan yang lain. Mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan pada masa akan datang; memperbaiki kelemahan.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.