Home PengurusanPengurusan Program Gerobok Rezeki di Sekolah Makin Diperluas

Gerobok Rezeki di Sekolah Makin Diperluas

by Cikgu Ayu dot My
Gerobok Rezeki di Sekolah

Rezeki berbeza-beza. Sifat pemurah dan prihatin dalam kalangan warga sekolah membawa kepada tercetusnya idea untuk menganjurkan Projek Gerobok Rezeki di sekolah.

Terdapat juga beberapa buah sekolah yang menggunakan istilah berbeza seperti Sustenance Cabinet atau Sustenance Shelves yang merujuk kepada konsep yang sama; Gerobok Rezeki dalam bahasa Inggeris.

Dalam kegelisahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pastinya dengan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Maksud Gerobok Rezeki di Sekolah

Gerobok Rezeki di sekolah dapat membudayakan amalan bantuan, suka bersedekah dan menjadi magnet untuk murid suka datang ke sekolah.

Melalui program ini, murid-murid yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan makanan daripada Gerobok Rezeki. Bekalan makanan yang terdapat di gerobok ini merupakan sumbangan daripada NGO atau warga sekolah yang ingin berkongsi rezeki bersama-sama.

Objektif Pelaksanaan Gerobok Rezeki

  • Memupuk budaya suka memberi, membantu dan bersedekah di sekolah.
  • Menyemai amalan baik kepedulian dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
  • Mewujudkan kerjasama yang erat di antara sekolah dengan PIBG dan rakan strategik.
  • Memupuk budaya saling mengambil berat di sekolah.

Buku Program Gerobok Rezeki

Buku Program Gerobok Rezeki ini saya kongsikan juga bersama rakan-rakan. Insha-Allah sama-sama kita permudahkan urusan untuk menyempurnakan program ini di sekolah masing-masing.

buku program gerobok rezeki

Buku program ini disediakan menggunakan Microsoft PowerPoint. Format (pptx). Pastikan rakan-rakan guru turut memuat turun jenis tulisan (font) yang digunakan. Boleh juga sesuaikan dengan font tulisan yang sedia ada.

  1. Arial
  2. Montserrat
  3. Calibri (Body)
  4. Master Of Break
  5. Hearts Silhouette Font

Kertas Kerja Gerobok Rezeki di Sekolah

Kertas kerja Gerobok Rezeki di Sekolah boleh disusun menggunakan panduan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui JPNWP.700-2/3/1 JLd.7(85). Muat turun melalui pautan di bawah:

Kongsi Rezeki, Dapatkan Ganjaran Berlipat Ganda

Ajaib berkongsi, Tuhan ganjarkan kita dengan pulangan berlipat ganda. Insha-Allah tidak akan miskin mereka yang besedekah, malah jariah ini membuka pintu rezeki kepada pemberi.

Ingatan buat diri sendiri dan juga rakan-rakan guru, meriahkan amalan memberi. Buat ibu bapa, didiklah anak-anak untuk menjadi seorang yang pemurah. Sekecil-kecil usaha kita pastinya dapat membatu mereka yang benar-benar memerlukan.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.