Home Grafik Gambar Kartun Muslimah Comel

Gambar Kartun Muslimah Comel

by Cikgu Ayu dot My
kartun muslimah comel percuma

Salam Ramadan buat semua. Kali ini saya kongsikan kartun muslimah comel untuk kegunaan semua. Kartun ini merupakan karya pelukis berbakat, Shafiq Som. Lukisan ini sangat menarik perhatian. Comel, kan?

Sebelum ini sukar juga jika kita nak jumpa kartun-kartun dari Malaysia. Kebanyakannya dari luar negara. Nak jumpa yang bertudung atau bersesuaian dengan budaya kita, agak mencabar. Alhamdulillah sekarang lebih ramai yang mula asah bakat melukis.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Guru-guru, ibu bapa, atau sesiapa sahaja boleh memanfaatkannya. Sama ada untuk tujuan peribadi, pendidikan atau juga perdagangan. Pemurah. Moga Allah berikan ganjaran rezeki yang melimpah ruah buat Shafiq Som dan keluarganya.

Gambar Kartun Muslimah Comel

Gambar ini tersedia dalam format Portable Graphics Format (.png). Sahabat-sahabat boleh muat turun melalui simpanan Google Drive. Dengan format PNG, tidak perlu lagi bersusah payah untuk buang latar belakang putih pada setiap gambar.

Pelukis telah sediakan imej tanpa latar belakang (transparent) untuk memudahkan guru-guru menggunakannya. Boleh dijadikan bahan bantu mengajar, kad ucapa, penanda buku dan lain-lain lagi.

Kartun Muslimah Comel 1
Klik [Muat Turun]
Kartun Muslimah Comel 4
Klik [Muat Turun]
Kartun Muslimah Comel 2
Klik [Muat Turun]
Kartun Muslimah Comel 3
Klik [Muat Turun]

Koleksi Gambar Kartun Muslimah Comel

Sebelum ini, saya ada juga kongsikan lukisan-lukisan menarik daripada pelukis-pelukis lain. Jika berminat nak ketahui dengan lebih lanjut, boleh klik pautan di bawah:

Artikel Berkaitan Gambar Kartun Comel

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Kartun Muslimah Comel untuk dimuat turun ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang memerlukannya.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah berikan ganjara berlipat ganda kepada kita dan keluarga atas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan menyempurnakan amanah.

Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

2 comments

Shamsiah September 11, 2022 - 3:02 PM

Tq .sangat membantu…nak design sendiri cartoon comel tak pandai…

Reply
Cikgu Ani January 17, 2023 - 6:32 PM

Terima kasih Cikgu Ayu. Gambar sangat membantu.

Reply

Leave a Reply to Shamsiah Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.