Fail Rekod PdPR untuk kemaskini respons tugasan murid sepanjang tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Pandemik Covid-19 ini sememangnya memberikan sedikit kesukaran untuk melaksanakan sesi pembelajaran.
Pelbagai kekangan dilalui oleh guru-guru-murid-murid dan ibu bapa untuk memastikan sesi pembelajaran anak-anak di rumah ini berjalan lancar. Kita sebenarnya belum bersedia dengan kaedan pembelajaran jarak jauh; hal ini termasuklah kesediaan sumber, peranti dan juga talian komunikasi yang baik.
Kebolehcapaian setiap murid adalah berbeza dan guru perlu cuba pelbagai kaedah untuk memastikan bahan pembelajaran tersedia. Semasa dalam tempoh PdPR tahun 2020, banyak yang kita pelajari. Bagi tahun 2021, saya cuba untuk perkemaskan rekod dan catatan.
Muat Turun Borang Rekod PdPR
Ini yang saya sediakan. Guru-guru boleh ubah suai mengikut kesesuaian masing-masing. Saya juga sedang cuba perkemas urusan kerja dari rumah. Jika ada cadangan penambahbaikan, boleh maklum melalui Telegran Cikgu Ayu dot My.
Penutup
Semoga dengan perkongsian Fail Rekod PdPR Untuk Kemaskini Respons Tugasan Murid ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru, ibu bapa dan murid-murid yang masih setia ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua.
Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My
4 comments
Terima kasih cikgu Ayu..ganjaran pahala buat cikgu yang membuat perkongsian yang bermanfaat.
Terima kasih cikgu ayu, bahan2 banyak membantu saya untuk menceriakan kelas Prasekolah masalah pembelajaran yg bru beropersi tahun ni. Tiada pengalaman jadi guru kls…semoga cikgu terus berkaria serta dipermudahkan segala urusan..tq
Terima kasih Cikgu Ayu..sy gunakan bahan CIkgu Ayu untuk anak sy n anak2 murid..sangat bermanfaat buat saya n murid..moga dipermudahkn segala urusan CIkguAyu.
Sama-sama. Amin.. Terima kasih doanya cikgu 🙂