Gambar WhatsApp Kelas untuk Kegunaan 2021

by Cikgu Ayu dot My

Gambar WhatsApp kelas untuk kegunaan 2021 ini saya sediakan istimewa buat pengikut Telegram dan Facebook Cikgu Ayu dot My. Sahabat-sahabat ini menjadi pembakar semangat untuk sentiasa memberi.

Untuk 1000 permintaan pertama, saya tidak meminta apa juga balasan, cukup sahaja jika doakan saya dan keluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sepanjang masa.

Saya juga sedang mencuba sistem anak muda kita, kiah.store. Laman ini dibangunkan untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan perniagaan pada musim pandemik ini. Namanya mungkin dipilih setelah tular nama Mak Cik Kiah semasa ucapan Perdana Menteri tempoh hari. Mungkin.

Gambar WhatsApp Group Kelas
Gambar Group WhatsApp Kartun

Dapatkan Gambar WhatsApp Kelas

Klik https://cikguayu.kiah.store/ untuk masukkan nama, nama kelas dan nombor telefon. Admin akan terus hantar gambar tersebut melalui sistem WhatsApp dalam masa kurang daripada 48 jam. Ini merupakan syarat ringkas:

  1. Seorang guru terhad kepada satu permintaan.
  2. Permintaan hanya untuk Group WhatsApp kelas sahaja.
  3. Nama kelas tidak melebihi 2 patah perkataan.

Saya teruja juga dengan sistem yang dibina ini. Rakan-rakan boleh cuba gunakannya. Cuma, saya tidak menetapkan bayaran (1000 permintaan pertama) untuk mendapatkan gambar ini. Jadi butang untuk bayaran tidak diaktifkan. Data yang diisi, boleh terus dihantar ke WhatsApp admin.

Daftar Kiah.Store Secara Percuma

Jika ada rakan-rakan atau saudara mara yang berminat untuk menggunakan Kiah.Store ini, boleh daftar secara percuma. Mudah akses, mesra pelanggan, boleh guna WhatsApp sahaja!

Penutup

Semoga dengan perkongsian Gambar WhatsApp Kelas untuk Kegunaan 2021 ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua Terima kasih atas sokongan.

 Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My

Related Posts

4 comments

HAFIZAH JISMIL January 16, 2021 - 10:30 AM

3 ASOKA
3 IBNU ISHAQ

Reply
NOOR SALFARINA BT YAHYA January 17, 2021 - 2:35 PM

PRA WIRA
Trm kasih atas perkongsian dan semoga dilimpahi rahmat dan pahala berpanjangan dari Allah SWT..aaminn

Reply
Siti Rusmaya Rusman January 17, 2021 - 6:30 PM

KELAS 5 ARIF

Reply
Anis Najihah February 16, 2021 - 9:48 PM

Kelas 5 baiduri & 6 berlian

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.