Home Pengurusan Contoh Jadual PdPR Sekolah Rendah

Contoh Jadual PdPR Sekolah Rendah

by Cikgu Ayu dot My
Contoh Template Jadual PdPR

Saya ambil masa untuk berkongsi dengan rakan-rakan guru mengenai contoh jadual PdPR Sekolah Rendah. Jadual ini saya susun untuk kelas saya supaya ibu bapa dan murid mudah untuk buat rujukan. Jika bermanfaat, mohon sebarkan pautan bahan ini juga kepada rakan-rakan guru kelas yang lain.

Apakah maksud PdPR?

PdPR merupakan akronim kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah. Memandangkan seluruh negara berada bawah perintah kawalan pergerakan, maka sebilangan besar murid dan pelajar tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran secara bersemuka.

Kaedah PdPR yang boleh dilaksanakan?

Terdapat dua kaedah PdPR yang boleh dilaksanakan sepanjang tempoh ini, iaitu secara online atau offline. Jika kita pilih untuk laksanakan secara dalam talian, kita boleh rancang sama ada dalam talian secara langsung ataupun tidak langsung.

Dalam Talian Secara LangsungLive Youtube, Live Facebook, Google Meet, Microsoft Teams dan lain-lain.
Dalam Talian Secara Tidak Langsung LangsungWhatsapp, Telegram, Google Classroom dan lain-lain.
Luar TalianModul, Lembaran Kerja dan lain-lain.
jadual kelas online
template jadual kelas boleh edit

Dapatkan Template Jadual PdPR

Muat turun template jadual PdPR ini untuk kegunaan anak-anak atau murid-murid. semoga anak-anak ini lebih peka dan bersemangat untuk menyertai sesi pembelajaran meskipun secara jarak jauh.

Ini yang saya sediakan. Guru-guru atau ibu bapa boleh edit mengikut kesesuaian masing-masing. Saya juga sedang cuba perkemas urusan kerja dari rumah. Jika ada cadangan penambahbaikan, boleh maklum melalui Telegran Cikgu Ayu dot My.

Muat Turun Contoh Jadual PdPR Sekolah Rendah melalui pautan di bawah. Perincian fail adalah seperti berikut:

Butiran Contoh Jadual PdPR :

  • Format : Microsoft MowerPoint (.pptx)
  • Jenis tulisan (font) : JellyBelly Font, Futura, Space Capitan.
  • Saiz fail : 5.2 MB

Penutup

Semoga dengan perkongsian Contoh Jadual PdPR Sekolah Rendah ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru, ibu bapa dan murid-murid yang masih setia ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua.

 Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My

Related Posts

2 comments

Cikgu ina January 21, 2021 - 12:15 PM

Terima kasih Cikgu Ayu

Reply
rafiah rusdi May 18, 2021 - 11:03 AM

TERIMA KASIH CIKGU

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.