Home Bahan Bantu PdPc Gambar Poster Mewarna Hari Raya Aidiladha

Gambar Poster Mewarna Hari Raya Aidiladha

by Cikgu Ayu dot My
poster mewarna aidil adha

Kali ini saya kongsikan gambar poster mewarna Hari Raya Aidiladha untuk kegunaan guru-guru seluruh Malaysia. Gambar ini merupakan lukisan jariah Farish Kun yang boleh kita manfaatkan di sekolah bersama anak-anak murid.

Artikel Berkaitan: Gambar Kartun Muslimah

Format Gambar Poster Mewarna Hari Raya Aidiladha

Berkaitan Gambar Poster Mewarna Hari Raya Aidiladha, saya kongsikan dalam format PDF untuk memudahkan guru-guru membuat cetakan. Selain daripada menjaga kualiti gambar format ini lebih mudah untuk dikendalikan.

Jom Muat Turun Gambar Poster Mewarna Hari Raya Aidiladha

Label Cuti Hari Raya Aidiladha

Saya juga ada sediakan label cuti untuk rakan-rakan guna atau selitkan dalam Rancangan pengajaran harian (RPH). Boleh selit dalam fail, tampal dalam buku RPH dan sebagainya. Klik pada gambar untuk muat turun melalui Telegram.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Selang beberapa hari lagi untuk kita mula bercuti bagi meraikan Hari Raya Aidiladha. Keadaan yang masih membimbangkan apabila berlaku peningkatan kes penularan Covid-19. Jaga diri, dan terus berdoa akan segalanya kembali pulih.

Salam pengorbanan dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Saya doakan semua urusan sahabat dipermudahkan. Semoga apa yang kita usahakan mendapat keredaan di sisi Allah S.W.T.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.