Kartun Comel Teka Peribahasa

27
32802

Kartun Comel Teka Peribahasa ini saya temui hasil perkongsian rakan-rakan. Comel sangat lukisan Mokcik_Gemok ni. Dengar nama Mokcik_Gemuk, teringat terus jeti nak ke Pulau Kapas, di situ Makcik Gemuk akan bantu naik bot, uruskan chelet dan aktiviti di sana.

Maksud dan Pecahan Peribahasa

Peribahasa merujuk kepada susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami. Warisan generasi terdahulu ini terdiri daripada

  1. Simpulan bahasa
  2. Perumpamaan
  3. Bidalan
  4. Pepatah

Teka Peribasa Pada Gambar Kartun

Guru-guru boleh mengajak anak-anak murid berteka teki di musim PKP ini. Senaraikan seberapa banyak peribahasa yang terdapat pada gambar. Cari ikon atau simbol yang membawa kepada contoh peribahasa yang ada.

Cadangan Jawapan Teka Teka Peribahasa Kartun Comel (Part 1)

  1. Seperti anjing dengan kucing
  2. Sediakan payung sebelum hujan
  3. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
  4. Seperti katak di bawah tempurung
  5. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
  6. Kura-kura dlm perahu, pura-pura tak tahu
  7. Kaki bangku
  8. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
  9. Hidung tinggi
  10. Buah hati
  11. Gunung juga yang dilejang panas
  12. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Cadangan Jawapan Teka Teka Peribahasa Kartun Comel (Part 2)

Jawapan peribahasa yang terkandung dalam gambar di atas adalah lebih daripada 10 jawapan. Saya senaraikan 10, selebihnya boleh berhubung dengan guru bahasa masing-masing untuk perbincangan dalam talian. 🙂

  1. Bagai itik pulang petang
  2. Bagai pinang dibelah dua
  3. Seperti pahat dengan penukul
  4. Seperti kera mendapat bunga
  5. bagai telur di hujung tanduk
  6. Seperti mencurah air ke daun keladi
  7. Seperti anjing dengan bayang-bayang
  8. Bagai melepaskan batok di tangga
  9. Talam dua muka
  10. Kera terkena belacan
  11. Cermin diri
  12. Ada air, adalah ikan

Cadangan Jawapan Teka Teka Peribahasa Kartun Comel (Part 3)

Jawapan peribahasa yang terkandung dalam gambar di atas adalah lebih daripada 10 jawapan. Saya senaraikan 10, selebihnya boleh berhubung dengan guru bahasa masing-masing untuk perbincangan dalam talian. 🙂

  1. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi
  2. Buah tangan
  3. Bagai bulan jatuh ke riba
  4. Panjang tangan
  5. Duit kopi
  6. Air yang dicincang tidak akan putus
  7. Banyak mulut
  8. Seperti ayam dan itik
  9. Air dicincang takkan putus
  10. Ada udang disebalik batu
  11. Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan
  12. Banyak mulut

Cadangan Langkah Pembelajaran Peribahasa

  1. Guru menjelaskan maksud dan pecahan peribahasa. Berikan juga contoh-contoh setiap pecahan peribahasa supaya idea murid lebih tercapah.
  2. Beri peluang untuk murid teka apa peribahasa yang boleh dikaitkan dengan gambar. Jika perlu, berilah klu atau petunjuk.
  3. Bincangkan maksud, dan lebih penting lagi yang sesuai untuk menggunakan peribahasa tersebut. Bina ayat dan buat catatan dalam buku nota.

27 COMMENTS

  1. ini sudah lebih dari Darjah 4…masa PKP macam tak ada cikgu bagi penjelasan macam mana murid nak buat??? kalau budak budak umur 10 tahun boleh buat 5 dari dalam itu sudah lebih pandai dari awak dah cikgu Ayu… faham faham lah sikit

  2. Cikgu, gambar no.1 yg org lelaki pakai topi tu sambil pegang pisau tu, peribahasanya apa? Tak pernah dengar pula

  3. Bahan kartun bergambar memang disukai anak-anak. Walaupun peribahasa tak betul susunan ayat tetapi menunjukkan mereka faham dengan gambar yang diberikan.
    Terima kasih cikgu Ayu atas perkongsian ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.