Home Grafik Label Nama Murid di Meja Sebagai Persediaan Pembukaan Semula Sekolah

Label Nama Murid di Meja Sebagai Persediaan Pembukaan Semula Sekolah

by Cikgu Ayu dot My
Label Nama Murid di Meja

Assalamualaikum, selamat sejahtera buat semua yang singgah di sini. Kali ini jom uruskan Label Nama Murid di meja mereka. Dengan adanya label nama atas meja ini, pergerakan murid akan lebih teratur dan tersusun. Pastikan juga kita telah menyediakan pelan kedudukan murid dalam kelas untuk meminimumkan pergerakan murid untuk mencari tempat duduk mereka.

Sejak minggu lepas memang tak menang tangan nak siapkan kelas dan persekitaran sekolah dengan norma baharu. Dengan kedudukan meja dan rak di dalam kelas, jadual penggiliran, penggantian alas fabrik, tanggalkan langsir, penyediaan cecair pembasmi kuman dan sebagainya.

Doakan moga-moga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat dan bertenanga untuk membuat persediaan pembukaan semula sekolah kali ini. Faham, banyak perkara perlu difikirkan, lebih-lebih lagi jika kita berada di sekolah yang besar, jumlah murid yang ramai.

Label Nama Murid Mengikut Penggiliran

Semalam Guru Besar dan GPK HEM adakan sesi perjumpaan untuk finalise senarai penggiliran murid. Macam-macam perlu difikirkan supaya perjalanan pembukaan sekolah lancar. Entah kali ke berapa perjumpaan seumpama ini diadakan dalam tempoh 2 minggu ini, saya lupa.

Untuk memastikan kehadiran adalah 50% daripada kapasiti penuh, murid dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan Kumpulan B. Unit HEM dan guru-guru kelas bekerjasama untuk memastikan murid yang ada adik beradik akan berada di kumpulan yang sama untuk memudahkan ibu bapa hantar anak-anak.

Setelah selesai penetapan kumpulan murid untuk penggiliran ini, guru kelas akan melabelkan nama murid mengikut warna. Contohnya:-

  1. Label meja murid dicetak menggunakan 2 warna yang berbeza mengikut senarai penggiliran.
  2. Senarai nama murid di pintu kelas juga di cetak pada dua helai kertas warna yang berbeza.
  3. Pelan kedudukan meja murid ditampal siap-siap!

Muat Turun Label Nama Murid

Kami sediakan label ini dalam format yang mudah diedit. Rakan-rakan boleh muat turun dan gantikan dengan nama murid masing-masing sebelum dicetak. Bahan ini merupakan format (.ppt) yang boleh dikendalikan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.

Lihat juga bahan-bahan terdahulu:

  1. Poster Peraturan Bilik Darjah | Classroom Rules
  2. Label nama murid tema angkasawan
  3. Label nama murid tema Hello Kitty
  4. Label nama murid kartun (lelaki/perempuan)
  5. Label nama meja murid doodle (lelaki/perempuan)
  6. Label nama di meja murid (english style)
  7. Label nama mengikut kumpulan haiwan comel
  8. Label nama murid tema Unicorn
  9. Pelan Kedudukan Murid dalam Kelas

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Label Nama Murid di Meja Sebagai Persediaan Pembukaan Semula Sekolah ini dapat meringankan tugas rakan-rakan guru yang sedang membuat persediaan pembukaan sekolah. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

7 comments

Liza Sahak October 21, 2021 - 5:36 PM

Sy share ye dan gunakan.

Reply
Cikgu Ayu dot My October 26, 2021 - 6:37 PM

Terima kasih. 😀

Reply
Noor Aqilah October 30, 2021 - 8:15 PM

Maaf nak tanya, bila klik bahan terdahulu tu memang kena request dulu ke untuk access?

Reply
Cikgu Ayu dot My November 11, 2021 - 1:08 PM

Maaf atas kesulitan.. saya telah kemaskini pautan terkini 😀

Reply
aishah November 8, 2021 - 11:36 AM

Moga Allah balas segala kebaikan cikgu… terima kasih ye cikgu yg rajin =)

Reply
Hafiza March 15, 2022 - 4:01 AM

Terima kasih cikgu perkongsian bahannya. Semoga dipermudahkan urusan cikgu sekeluarga.

Reply
Faiz April 4, 2022 - 1:49 PM

Terima kasih atas perkongsian.

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.