Home Grafik Kartun Comel Lelaki dan Perempuan dalam Format PNG

Kartun Comel Lelaki dan Perempuan dalam Format PNG

by Cikgu Ayu dot My
Kartun Comel Lelaki dan Perempuan dalam Format PNG

Salam Ramadan buat semua. Kali ini saya kongsikan Gambar Kartun Comel Lelaki dan Perempuan dalam format PNG. Kartun ini merupakan hasil karya Farish Kun. Memang sangat berbakat pelukis ini.

Sebelum ini sukar juga jika kita nak jumpa kartun-kartun dari Malaysia. Kebanyakannya dari luar negara. Nak jumpa yang bertudung atau bersesuaian dengan budaya kita, agak mencabar. Alhamdulillah sekarang lebih ramai yang mula asah bakat melukis.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Guru-guru, ibu bapa, atau sesiapa sahaja boleh memanfaatkannya. Sesuai sangat jika nak digunakan untuk program Ramadan, Hari Raya dan juga mana-mana program yang bersesuaian. Moga Allah berikan ganjaran rezeki yang melimpah ruah buat Farish Kun dan keluarganya.

Gambar Kartun Comel Lelaki dan Perempuan

Gambar ini tersedia dalam format Portable Graphics Format (.png). Sahabat-sahabat boleh muat turun melalui simpanan Google Drive. Dengan format PNG, tidak perlu lagi bersusah payah untuk buang latar belakang putih pada setiap gambar.

Kartun Comel Malaysia Raya
Klik [Muat Turun]
Kartun Comel Raya Malaysia
Klik [Muat Turun]
Kartun Comel Muslimah Malaysia Raya
Klik [Muat Turun]

Pelukis telah sediakan imej tanpa latar belakang (transparent) untuk memudahkan guru-guru menggunakannya. Boleh dijadikan bahan bantu mengajar, kad ucapa, penanda buku dan lain-lain lagi.

Koleksi Gambar Kartun Muslimah Comel

Sebelum ini, saya ada juga kongsikan lukisan-lukisan menarik daripada pelukis-pelukis lain. Jika berminat nak ketahui dengan lebih lanjut, boleh klik pautan di bawah:

Artikel Berkaitan Gambar Kartun Comel

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Kartun Comel Lelaki dan Perempuan dalam Format PNG untuk dimuat turun ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang memerlukannya.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah berikan ganjara berlipat ganda kepada kita dan keluarga atas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan menyempurnakan amanah.

Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.