Home PengurusanPengurusan Bilik Darjah Doodle Murid Sekolah Tidak Bertudung

Doodle Murid Sekolah Tidak Bertudung

by Cikgu Ayu dot My
Doodle Murid Sekolah

Doodle murid sekolah dengan pakaian seragam sekolah pelbagai warna ini saya sediakan untuk kegunaan cikgu-cikgu di sekolah. Mohon tidak mengambil sebarang profit atau keuntungan, memandangkan saya sediakannya secara percuma untuk kegunaan yang baik-baik sahaja. Ikhlas.

Beberapa minggu yang lalu saya sediakan doodle murid lelaki dan murid perempuan bertudung. Dan hari ini saya usahakan doodle murid tidak bertudung memandangkan ramai murid sekolah rendah belum lagi memakai tudung. Moga bermanfaat. πŸ™‚

Muat Turun Doodle Murid Sekolah Tidak Bertudung

Bahan ini disusun menggunakan Microsoft Word untuk memudahkan rakan-rakan daripada pelbagai latar kemahiran menggunakannya dengan mudah.. Boleh juga klik pautan di bawah untuk memuat turun bahan:


Muat turun, masukkan nama anak-anak murid cikgu, cetak, potong, laminate dan tampal pada carta kehadiran dalam kelas!

  1. Label nama murid kartun (lelaki/perempuan)
  2. Label nama meja murid doodle (lelaki/perempuan)
  3. Label nama di meja murid (english style)
  4. Label nama mengikut kumpulan haiwan comel
  5. Pelan Kedudukan Murid dalam Kelas

Yang belum muat turunΒ doodleΒ murid lelaki dan murid perempuan bertudung, bolehlah muat turun bahan di pautan ini: Doodle Murid Sekolah Comel

Doodle Murid Sekolah

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Doodle Murid Sekolah Tidak Bertudung ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari bahan berkaitan. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! πŸ™‚

Related Posts

9 comments

titan December 29, 2015 - 1:27 AM

memang sangat membantu nih.

harap lebih ramai yang akan bertudung.

Reply
Cikgu Ayu dot My March 21, 2016 - 8:09 PM

Mudah-mudahan. πŸ™‚

Reply
hidayah January 5, 2016 - 7:57 AM

mohon share ya cikgu ayu…semoga cikgu dimurahkan rezeki..amiinn..

Reply
Cikgu Ayu dot My March 21, 2016 - 8:10 PM

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Silakan berkongsi.. πŸ˜€

Reply
Ckg Angela March 7, 2016 - 5:50 PM

saya kagum dengan kemahiran IT dan kreativiti ckg Ayu dlm menghasilkan arts utk kelas. terima kasih sebab berkongsi dengan semua. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu. saya download …. πŸ™‚

Reply
Cikgu Ayu dot My March 21, 2016 - 8:10 PM

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Terima kasih atas doanya.. πŸ˜€

Reply
Teacher my March 21, 2016 - 2:30 PM

syukran jazilan cikgu Ayu. Bahan yang sangat bermanfaat. semoga cikgu ayu terus success dalam kerjaya dan kehidupan.

Reply
Cikgu Ayu dot My March 21, 2016 - 8:10 PM

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Terima kasih atas doanya.. πŸ˜€

Reply
Cg ed January 15, 2017 - 4:56 PM

TQ semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.