Bahan Bantu PdPcPengurusan Bilik Darjah

Poster Sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, dan 12

0

Poster sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6, sifir 7, sifir 8, sifir 9, sifir 10, sifir 11, dan sifir 12 (.Pdf) ini saya susunkan sementara menunggu waktu bertolak ke destinasi percutian bersama keluarga.

Dengan harapan. dapat membantu guru-guru yang memerlukan, sama ada guru subjek mahupun guru kelas. Mohan kongsikan pautan posting ini kepada rakan-rakan, jika bermanfaat.

Poster Sifir Sebagai Sumber Pembelajaran

Mungkin masih ada guru kelas yang terfikir-fikir untuk memenuhkan sudut mata pelajaran, sementara menunggu guru subjek menampal hasil kerja murid bagi mata pelajaran yang diajarnya.

Ya, guru subjek boleh juga mencetak poster ini dalam saiz yang lebih kecil. lebih mudah untuk menjadi rujukan murid. Dalam masa yang sama, murid akan perlahan-lahan dapat hafal sifir!

Poster Sifir Sebagai Hiasan Kelas

Poster Sifir ini juga dapat mengisi ruangan kelas yang masih kosong. setidak-tidaknya, meriahlah sumber rujukan yang ada dalam kelas tersebut. Ini adalah antara ciri-ciri kelas abad ke-21 !

Muat Turun Poster Sifir

Dikongsikan bahan ini daripada guru kepada guru-guru sebagai tanda sokongan setiap usaha yang dilakukan. Semoga dengan tersebarnya bahan ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugas pengurusan guru-guru; juga menjadi saham kami di akhirat kelak.

Klik: Muat Turun Poster Sifir Cantik dan Comel

 Format dan saiz : 

  1. Format : Portable Document Format  (.pdf)
  2. Saiz : A4

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.