Home Info Guru Permohonan Penajaan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) 2019

Permohonan Penajaan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) 2019

by Cikgu Ayu dot My
Permohonan HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap komited menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara.

Permohonan ini terhad kepada satu permohonan sahaja. Sekiranya calon membuat permohonan kedua, permohonan pertama akan terbatal dengan sendirinya.

Tarikh Tutup Permohonan HLP dan CBBP

Permohonan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) 2019 telahpun dibuka pada 24 januari 2019. Memandangkan tarikh tutupnya adalah pada musim cuti perayaan, maka ramai yang terlepas pandang.

Pihak pengurusan penajaan dan cuti belajar telah membuat makluman bahawa tarikh tutup permohonan ini telah dilanjutkan sehingga 13 Februari 2019 (Rabu) jam 11.59 malam secara atas talian melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my.

Syarat Permohonan HLP dan CBBP

Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun sebelum tarik permohonan. Permohonan juga terbuka kepada pegawai yang sedang dalam pengajian. Antara syarat-syarat lain ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 46 tahun (Kedoktoran) dan tidak melebihi 50 tahun (Sarjana) pada 1 Januari 2019
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan
  • Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% keatas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut.
  • Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain;
  • Tempat pengajian dan pengususan adalah di Universiti Awam (UA) Dalam Negara yang ditawarkan sahaja;
  • Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod campuran dan Mod
    Penyelidikan Sepenuhnya bagi pengajian peringkat Sarjana. Bagi peringkat Kedoktoran, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja.
  • Bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Maklumat Lanjut Mengenai HLP dan CBBP

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut mengenai sistem e-Penawaran, sila hubungi urusetia Bahagian Biasiswa & Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):

  • Telefon (hotline): 03-8888 1616
  • Telefon (alternatif) :  03-8870 6370 / 6387 / 6369
  • E-mel : [email protected]

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.