Home Mohon dan Semak Online Semak Keputusan SPM 2022/2023 Secara dalam Talian atau SMS

Semak Keputusan SPM 2022/2023 Secara dalam Talian atau SMS

by Cikgu Ayu dot My
Semak Keputusan SPM 2022 2023 2024 Cikgu Ayu

Cara-cara semak keputusan SPM 2022/2023 akan dikongsikan dalam posting kali ini. Kami mendoakan agar semua murid dapat keputusan yang terbaik buat diri masing-masing.

Seramai 403,637 orang calon telah membuat pendaftaran untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan lokaliti sebanyak 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Seramai 131,318 orang petugas peperiksaan juga telah dilantik untuk menguruskan keseluruhan peperiksaan ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah menyebarkan pemberitahuan tentang keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 yang boleh mula disemak pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Calon bagi sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 di sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 (Khamis). Calon-calon persendirian pula akan memperoleh keputusan peperiksaan melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Cara Semak Keputusan SPM 2022/2023

Selain itu, dimaklumkan juga bahawa calon-calon sekolah dan calon persendirian juga boleh menyemak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka melalui dua cara berikut:

  • Secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023;
  • Menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mmeperoleh ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Penutup

Semoga dengan perkongsian informasi Semak Keputusan SPM 2022/2023 ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak calon SPM sesi terdahulu yang berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua!

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.