Home Info Guru Modem internet murah dan laju untuk rumah

Modem internet murah dan laju untuk rumah

by Cikgu Ayu dot My
modem internet unlimited murah terbaik

Dalam situasi menekan pelaksanaan PdPR, pastinya ada guru dan ibu bapa yang sedang mencari internet murah dan laju untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Bukan sahaja murah dan laju, kita juga perlu cari sambungan internet yang stabil.

Komitmen bulanan agak tinggi yang ditawarkan melalui Unifi, Time dan Maxis Fibre ini mungkin jadi bebanan kepada guru atau ibu bapa. Sebelum ini saya menggunakan Unifi Fibre Broadband RM 149, tapi sebab nak kurangkan perbelanjaan, saya tukar langganan ke Maxis Fibre RM 85 sebulan.

Guna modem internet unlimited

Di kampung, saya belikan Modem Huawei untuk kegunaan keluarga. Modem tersebut saya beli sekitar March 2019, harga ketika itu RM 330. Oleh sebab kawan yang jual, dapatlah harga RM 300.

Modem ini kita perlu masukkan sim card. Saya guna kad sim YES, langgan unlimited data, RM 30 bayar secara bulanan. Dalam tempoh 2 tahun guna, alhamdulillah prestasi bagus.

Oh, ya! Penggunaan modem ini sesuai untuk mereka yang menggunakan data hotspot atau tethering. Kadang-kadang talian terputus kan? Tambah pula bila ada panggilan masuk, sambungan internet pun turut terganggu. Ini mimpi ngeri buat guru yang sedang kendalikan kelas secara Google Meet.

Saya panjangkan tip Teacher Ailisa Azmi yang berkongsi tentang ini di Facebook Teacher Ailisa. Berikut merupakan panduan yang dikongsikan oleh beliau, moga boleh dimanfaatkan oleh rakan-rakan guru dan ibu bapa yang lain.

1. Pilih pelan internet yang stabil?

Bagaimana nak mula? Dapatkan satu simkad yang kita nak guna untuk sambungkan internet. YES, Celcom, Maxis, uMobile atau apa saja talian. Pastikan buat semakan liputan atau coverage dahulu sebelum beli.

Kebiasaannya setiap pembekal ada pautan untuk semak liputan perkhidmatannya. Juga pastikan simkad ni bukan untuk kegunaan panggilan atau SMS. Kenapa? Sebab lepas dah masuk modem, kita hanya boleh gunakan internet sahaja.

2. Beli modem untuk masukkan sim card

Setelah dapatkan simkad, kita perlu dapatkan modem kosong yang boleh masukkan simkad tersebut. Di Shopee dan Lazada ada jual banyak modem macam ni. Sekarang dah boleh dapatkan dengan harga murah.

3. Gunakan kabel RJ45 untuk internet yang stabil

Dah ada modem? Baik, jom dapatkan kabel RJ45 pula. Kabel ni akan menyambungkan talian internet secara terus dari modem kepada komputer.

Melalui cara ni, talian internet akan lebih stabil dan tidak lagi tersekat-sekat. Kenapa? Sebab sambungan internet disalurkan secara terus menerus dari modem ke komputer, buka lagi secara tanpa wayar.

Jika anda guna UniFi atau lain-lain modem di rumah, kabel RJ45 ni juga boleh digunakan. Tak semestinya nak kena ada modem yang saya nyatakan di atas sahaja. Selamat mencuba!

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian tulisan modem internet murah dan laju untuk rumah ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru dan ibu bapa. Boleh ikuti tip dan perkongsian Teacher Ailisa menerusi Facebook dan Telegram juga ya.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua Terima kasih atas sokongan. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My 🙂

Related Posts

1 comment

Naz May 8, 2021 - 11:00 AM

Memang internet di rumah menjadi keperluan ketika PKP ini. Dengan PDPR dan WFH membuatkan internet menjadi aset penting. Tips yang diberikan sangat berguna tapi kadang-kadang peranti yang dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan tidak berfungsi dengan semaksimum mungkin, membuatkan pengalaman penggunaan internet di rumah menjadi mimpi ngeri.

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.