Home Info Guru Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di Sekolah

Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di Sekolah

by Cikgu Ayu dot My
Sudut Pidato, Speaker's Corner

Pengertian Sudut Pidato (Speaker’s Corner)

Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Sudut Pidato yang asal dan terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman Hyde di London, England.

Para pemidato sewaktu ini dibenarkan untuk berucap dengan kawalan dan pemerhatian oleh pihak polis. Meskipun dalam kawalan pihak polis, semua pemidato bebas memilih tajuk pidato mereka. Namun begitu, ucapannya perlulah tidak bercanggah dengan undang-undang.



Wajib mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner)

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

Sudut Pidato Speaker’s Corner

Sudut Pidato (Speaker’s Corner) SK Bandar Jerantut

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015, Kementerian Pendidikan Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid-murid sekolah.

Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris. Sudut ini hendaklah dimanfaatkan secara optimum. Waktu penggunaannya mungkin boleh dilaksanakan sama ada semasa waktu rehat, aktiviti kokurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian pihak sekolah.



20 Cadangan Tajuk Pidato

sudut pidato speaker's corner

Sudut Pidato (Speaker’s Corner) SK Changkat Larut

Sebaiknya, tajuk pidato yang dipilih haruslah berkisarkan kehidupan murid atau pelajar mengikut aras penguasaan mereka. Pada peringkat awal, elakkan daripada menggunakan tajuk yang terlalu berat dan abstrak untuk menarik minat murid. Berikut merupakan cadangan tajuk-tajuk menarik yang boleh digunakan:

  1. Apakah langkah-langkah keselamatan semasa menaiki bas?
  2. Bagaimanakah cara untuk menyediakan sandwic?
  3. Apakah yang telah berlaku kepada dinasour?
  4. Nyatakan cara-cara untuk merawat luka.
  5. Apakah sikap yang perlu ada pada seorang kawan?
  6. Ceritakan tentang buku kesukaan kamu.
  7. Ceritakan tentang haiwan yang terbesar di dunia.
  8. Ceritakan tentang haiwan yang paling tinggi di dunia.
  9. Di manakah lokasi percutian yang paling kamu gemari?
  10. Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang?
  11. Bagaimanakah cara terbentuknya pelangi?
  12. Mengapakah hidup di Bumi adalah lebih baik daripada hidup di Marikh?
  13. Siapakah yang layak bergelar hero? Mengapa?
  14. Nyatakan kelebihan dan keburukan menonton televisyen.
  15. Planet mana yang ingin kamu lawati? Mengapa?
  16. Adakah menonton televisyen baik untuk kanak-kanak?
  17. Apakah langkah-langkah untuk tangani isu buli?
  18. Bangaimanakah cara-cara untuk mengelakkan pencemaran udara?
  19. Apakah sukan kegemaran kamu? Mengapa kamu sukakannya?
  20. Mengapa kita perlu mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran?

Related Posts

1 comment

HASHIMAH MOHAMED YUSOP January 1, 2019 - 9:06 PM

TQ CIKGU AYU

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.