Home Info Guru Program LINUS dimansuhkan bermula 2019

Program LINUS dimansuhkan bermula 2019

by Cikgu Ayu dot My

Sejarah Pelaksanaan Program LINUS

Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) ini telah diperkenalkan pada tahun 2009. Program ini merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan. Pada peringkat awalnya, program ini diharapkan dapat mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih tersusun.

Bermula tahun 2019, guru-guru tidak lagi terikat dengan SOP Program LINUS. Umum mengetahui tentang prosedur saringan yang agak kurang disenangi oleh guru. Oleh itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, melalui ucapannya pada majlis Executive Talk Bersama Warga Pendidik Sabah di Kota Kinabalu berkata, sekolah akan melaksanakan program sendiri mengikut kesesuaian.

Kaedah ini dilaksanakan untuk memberi keselesaan kepada pihak sekolah dalam menangani masalah penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis dalam kalangan murid. Diharapkan agar guru-guru yang telah terlibat hampir sedekad dengan saringan ini dapat menarik nafas lega.

Pengganti Program LINUS

Kami percaya, guru-guru sentiasa komited dalam memperkembang potensi murid dalam apa juga aspek. Pastinya guru-guru mempunyai cara yang tersendiri dalam menangani isu penguasaan 3 m ini. Program di peringkat sekolah akan dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah masing-masing.

Rasional Pemansuhan Program LINUS

Langkah pemansuhan LINUS telah membuktikan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peka terhadap keperluan sistem pendidikan masa kini. Pihak KPM tidak mahu lagi menyediakan ‘pakej’ atau modul sesuatu program dari atas ke bawah, sebaliknya sekolah boleh melaksanakan program mengikut ‘acuan’ sendiri.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.