Home Dunia Pendidikan Logo Pusat Sumber Sekolah Menggunakan Freepik

Logo Pusat Sumber Sekolah Menggunakan Freepik

by Cikgu Ayu dot My
Logo Pusat Sumber Sekolah

Tengah-tengah malam di hari Ahad. Saya cuba bantu Cikgu Memey susun logo pusat sumber sekolah beliau. Dengan token yang diberikan, dapat juga menampung bayaran langganan bahan premium di laman web berbayar seperti Freepik untuk bangunkan bahan belajar atau bahan pengurusan berkaitan sekolah.

Jika punya peruntukan yang lebih besar, boleh saja ambil khidmat pakar. Untuk lebih jimat, susun sendiri guna vektor yang ada. Pastikan juga vektor dan gambar yang digunakan itu bebas hak cipta dan tidak melanggar mana-mana klausa dalam License.

  • Logo Cikgu Ayu dot My juga ditempah khas dari laman LogoDesign.MY.

Buat logo Pusat Sumber Sekolah dengan percuma?

Mengapa keluarkan wang untuk langgan, kan ada yang percuma? Ya, saya suka juga guna bahan percuma. Laman kesukaan saya Pngtree. Cuma stok yang saya perlukan tidak terdapat di sini, maka saya jenguk Freepik. Ada, tapi premium stock, jadi saya melanggan.

Baca juga artikel:

Hasil cuba-cuba, jadilah logo Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah ini. Harapnya Cikgu Memey suka. Alhamdulillah, hujung minggu ni dapat rehat-rehat sambil membantu rakan-rakan guru.

Logo Pusat Sumber Sekolah

Berapa harga langganan Freepik untuk buat logo Pusat Sumber Sekolah?

Sesetengah laman web menyediakan pembelian mengikut item, maksudnya pilih mana yang kita mahu, dan bayar mengikut harga setiap item yang kita nak muat turun. Tapi Freepik tidak begitu.

Untuk mana-mana produk, saya suka cari tawaran Lifetime Deals. Jadi, tak perlu keluarkan secara bulanan atau mingguan. Kita pun bukan selalu guna kan? Jadi Lifetime Deals ni penyelamat saku, bayar sekali dan boleh guna berkali-kali.

Harga Langganan Freepik - Beli
Pakej langganan Freepik secara bulanan dan tahunan

Sayangnya, Freepik ni tak ada Lifetime Deals, yang ada cuma langganan mingguan atau bulanan. Harga? Boleh rujuk gambar tangkap layar harga bagi langganan Freepik di atas.

1 EUR bersamaan RM 4.89. Kos bagi sebulan langganan bagi tempoh sebulan adalah lebih kurang RM 48.84. Nilai matawang EUR adalah lebih tinggi daripada matawang Dolar US. Bagaimana nak langgan? Klik > Get Started.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian Logo Pusat Sumber Sekolah Menggunakan Freepik ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua Terima kasih atas sokongan.

 Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.