Home Info Guru Logo Program Sekolah Amanah

Logo Program Sekolah Amanah

by Cikgu Ayu dot My

Logo Program Sekolah Amanah akan dipamerkan dalam program-program yang mendapat tajaan mereka.  Kali pertama penulis menggunakan logo ini adalah semasa program Pertandingan Kompang Selawat dan Seni Khat Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Zon pada awal Oktober yang lalu. Dikongsikan juga di sini bagi memudahkan guru-guru Sekolah Amanah yang lain untuk menggunakannya.

Maksud Program Sekolah Amanah

Sekolah Amanah merupakan sekolah awam (sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan) yang diuruskan melalui usaha sama Yayasan AMIR dan Pengetua atau Guru Besar (PBG) di sekolah, di bawah naungan Kementerian Pelajaran (KPM).

Keistimewaan Sekolah Amanah

Sekolah-Sekolah Amanah di Seluruh Malaysia diberi kuasa oleh KPM untuk melaksanakan perubahan dalam komuniti mereka. PGB menguruskan sekolah dengan bantuan dan bimbingan daripada Yayasan AMIR dari aspek pengurusan sekolah yang menyeluruh. Melalui Program Sekolah Amanah, guru-guru boleh memohon sumbangan dana dalam usaha merangka dan melaksanakan pelbagai program kemenjadian murid, sama ada dalam aspek sukan, kebudayaan, seminar dan lain-lain lagi.

Bilangan Sekolah Amanah di Malaysia

Bilangan Sekolah Amanah sehingga kini adalah lebih daripada 80 buah sekolah. Sekolah ini merangkumi sekolah rendah dan menengah daripada pelbagai tahap prestasi yang bertujuan untuk menghasilkan peningkatan pencapaian secara mampan tanpa mengira titik permulaannya.



Bilangan Sekolah Amanah ini dijangka akan meningkat dari masa ke masa. Boleh semak senarai sekolah menerusi pautan berikut: [Senarai Terkini Sekolah Amanah Seluruh Malaysia].

Penggunaan Logo Program Sekolah Amanah

Logo-logo ini perlu dipaparkan sama ada secara lengkap atau boleh juga menggunakan tulisannya sahaja, mengikut kesesuaian. Antara cadangan tempat penggunaan logo adalah di risalah, kain rentang, poster, baju dan mana-mana lokasi yang difikirkan munasabah. Klik butang muat turun di bawah untuk mendapatkan logo Program Sekolah Amanah.

Muat Turun Logo Program Sekolah Amanah [PNG]Muat Turun Logo Program Sekolah Amanah [JPEG]

Sumber Logo:
Tuan Abdul Malek Ahmad (Senior Officer, Sponsorship Management Yayasan Amir)

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.