Home Info Guru Batik Malaysia wajib dipakai setiap hari Khamis

Batik Malaysia wajib dipakai setiap hari Khamis

by Cikgu Ayu dot My
Contoh Batik Malaysia Cikgu Ayu

Apakah maksud Batik Malaysia yang diarahkan pemakaiannya wajib pada setiap Khamis? Sebelum ini, pemakaian batik adalah digalakkan kepada semua penjawat awam. Namun begitu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat arahan mewajibkan semua penjawat awam memakai batik Malaysia setiap Khamis dan memberi galakan supaya dipakai pada hari-hari lain juga.

Pemakaian baju batik pada Hari Khamis adalah satu tradisi yang bernilai dalam konteks kebudayaan Malaysia. Ini tidak hanya memupuk kecintaan terhadap warisan budaya, tetapi juga memberi peluang kepada rakyat untuk menghargai seni tradisional yang menyumbang kepada kelestarian budaya dan seni warisan negara.

Surat rujukan: https://t.me/cikguayudotmy/1987

Definisi Batik Malaysia

Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak. Batik Malaysia terdiri daripada:

  1. Batik Lukis
  2. Batik Terap
  3. Batik Sutera Saring
  4. Batik Alternatif

Ciri-Ciri Batik Malaysia

Amalan pemakaian batik ini dikuat kuasa sebagai usaha untuk mempromosikan dan memupuk kecintaan terhadap warisan budaya tempatan. Selain itu, tindakan ini juga dilihat sebagai salah satu langkah yang menyemarakkan semangat kebangsaan dan kesedaran terhadap identiti budaya kita.

Berikut merupakan ciri-ciri batik tempatan:

  1. Kejelasan warna dan corak sama di bahagian hadapan dan belakang.
  2. Susunan cantuman corak batik canting biasanya tidak tepat sepenuhnya.
  3. Terdapat kesan serapan warna pada terapan corak yang dihasilkan melalui proses melilin.
  4. Peletakan reka corak motif canting yang tidak konsisten.
  5. Warna dan corak yang penuh sehingga tepi kain.
Jenis dan Ciri-Ciri Batik Malaysia
ciri-ciri batik malaysia

Kesan tidak memakai baju batik

Ketua Jabatan boleh menasihati pegawai sekiranya enggan memakai pakaian batik Malaysia. Sekiranya masih ingkar dengan alasan yang tidak munasabah, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Pemakaian batik ini adalah tidak wajib bagi penjawat awam yang sudah ada pakaian seragam. Bagi guru-guru subjek tertentu yang memerlukan keselesaan atau pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti seperti aktiviti Pendidikan Jasmani, berhubunglah dengan PGB untuk perbincangan atau pengecualian.

Penutup

Semoga dengan perkongsian informasi Maksud dan Ciri-Ciri Batik Malaysia ini sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan kepada rakan-rakan penjawat awam yang berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua!

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.