Mohon dan Semak Online

Permohonan Guru Interim 2019 – KPM

3

Permohonan Guru Interim Mata Pelajaran Bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019 telah dibuka mulai 7 Februari sehingga 15 FEBRUARI 2019. Iklan tentang permohonan ini boleh disemak melalui Sistem Permohonan kendalian IPGM.

Serkiranya sahabat guru mempunyai saudara mara atau kenalan yang berkelayakan, mohon sebarkanlah peluang ini kepada mereka. Tempoh interim adalah selama tiga tahun.

Syarat Permohonan Guru Interim

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019
  • Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris sahaja dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS
    tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat
    pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia
    (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat
    turun daripada laman web di alamat:
    • http://www2.mqa.gov.my/mqr/dan
    • http://www2.mqa.gov.my/esisraf/; dan
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran
    Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
    kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Guru Interim

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web IPGM di alamat https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 7 Februari 2019.

Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

Info Permohonan Guru Interim

  • Pemohon yang diterima perlu menduduki Ujian Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Interim.
  • Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Guru Interim hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran interim serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di manamana sekolah samada di kawasan bandar atau pedalaman.
  • Guru Interim tersebut dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh interim.
  • Guru Interim yang berminat untuk dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 perlu mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh interim dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri KDC tertakluk peruntukan semasa Jabatan.
  • Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil
    temu duga akan dimaklumkan secara emel dan calon
    dikehendaki membawa salinan cetakan emel semasa temu
    duga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 15
    Mac 2019 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan
    mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

You may also like

3 comments

  1. Assalamualaikum, tuan/puan.

    Saya ingin mohon jasa baik tuan/puan membantu saya untuk memohon jawatan di atas tersebut. Saya hadapi masalah teknikal untuk mendaftar di website yang diberikan. Bagaimana cara saya boleh memohon tanpa melalui website itu? Terima kasih

  2. Nak tanya if tahun ni dlm ujian ukcg still ada ujian ukf x? Sbb dlm surat tawaran saya xde sebut psl ukf or pemakaian baju sukan.. diorg cuma letak ‘calon perlu menduduki ujian psikometrik sblm temuduga’.. dan sesi ukcg dan temuduga adalah pada hari yang sama..

  3. Salam.Nak Tanya.Saya lulusan Diploma B.Inggeris Komunikasi Dari Kolej Professional Mara.Layak tak kalau Saya apply utk jawatan guru interim walau pun tiada ijazah?

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.