751
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun Ambilan Jun 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Jun 2019.
Maklumat Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah (Mod Sepenuh Masa). Pemohon dikehendaki mengikuti PDPP selama (1 ½ tahun /3 semester) di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
11 April 2019 (11.59 MALAM)
Syarat Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun
- Calon hendaklah Warganegara Malaysia; Sihat fizikal dan mental; Aktif ko-kurikulum; dan berumur tidak lebih 35 tahun pada 30 Jun 2019.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti dari Negara Jepun/ tempatan yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
- Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi tempatan dan luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Boleh dimuat turun daripada laman web di alamat: http://www2.mqa.gov.my/mqr; atau http://www2.mqa.gov.my/esisraf
Syarat Kelayakan Akademik Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA);
- Memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas/ Keputusan yang setara dengannya atau memiliki pengalaman bekerja sekurangkurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan; PENGAMBILAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BAHASA JEPUN AMBILAN JUN 2019.
- Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT); dan
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
Cara memohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan
melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 1 April 2019. - Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my/myUMUM bagi mendapatkan maklumat
iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat
bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
sebelum membuat permohonan. - Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan
boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh
permohonan ditutup. - Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh
tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. - Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan
permohonan ditolak.
1 comment
Salam, saya nak tanya adakah boleh memohon diploma pascasiswazah semasa mengandung?