Home Laluan Kerjaya Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun Ambilan Jun 2019

Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun Ambilan Jun 2019

by Cikgu Ayu dot My

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun Ambilan Jun 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Jun 2019.

Maklumat Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah (Mod Sepenuh Masa). Pemohon dikehendaki mengikuti PDPP selama (1 ½ tahun /3 semester) di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
11 April 2019 (11.59 MALAM)

Syarat Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

  • Calon hendaklah Warganegara Malaysia; Sihat fizikal dan mental; Aktif ko-kurikulum; dan berumur tidak lebih 35 tahun pada 30 Jun 2019.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti dari Negara Jepun/ tempatan yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
  • Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi tempatan dan luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Boleh dimuat turun daripada laman web di alamat: http://www2.mqa.gov.my/mqr; atau http://www2.mqa.gov.my/esisraf

Syarat Kelayakan Akademik Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA);
  • Memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas/ Keputusan yang setara dengannya atau memiliki pengalaman bekerja sekurangkurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan; PENGAMBILAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BAHASA JEPUN AMBILAN JUN 2019.
  • Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT); dan
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan
    melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 1 April 2019.
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my/myUMUM bagi mendapatkan maklumat
    iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat
    bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
    sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan
    boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh
    permohonan ditutup.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh
    tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan
    permohonan ditolak.

Related Posts

1 comment

Yana April 28, 2019 - 4:07 PM

Salam, saya nak tanya adakah boleh memohon diploma pascasiswazah semasa mengandung?

Reply

Leave a Reply to Yana Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.