Home Bahan Bantu PdPc Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5

Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5

by Cikgu Ayu dot My
Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5

Dua hari cuti hujung minggu lepas, saya cuba susun Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5. Selain Google Meet, sekurang-kurangnya kita sediakan juga panduan bercetak. Doanya, anak-anak yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian boleh juga meneruskan pembelajaran.

Tengah pening-pening dengan data kehadiran murid dalam APDM, dari awal pagi tadi sampailah petang ni tak dapat-dapat lagi cetak. Sudahnya memang kena tunggu malam nanti, trafik mungkin kurang sesak. Doakan.

Berbalik kepada Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5 tadi, saya kongsikan dalam format yang boleh rakan-rakan edit. Jadi, bolehlah ubah mengikut kesesuaian. Perlu cepat juga, tempoh persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Panduan Mengurus Sesi PdPR

Pelbagai cara boleh dicuba untuk mengemudi sesi PdPR. Masing-masing dalam fasa menyesuaikan diri, tidak kiralah sama ada guru baharu ataupun guru senior. Masih memantapkan rentak mengajar jarak jauh.

Saya rujuk juga panduan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Fokus RPT dengan susunan penjajaran terkini. Kebanyakan susunan, saya fokus kepada buku teks. Berikut merupakan panduan yang dikeluarkan oleh KPM:

  • Modul pembelajaran perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran dan dilaksanakan dalam tempoh yang bersesuaian.
  • Modul pembelajaran yang dibangunkan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
    • Sasaran murid sama ada peringkat umur atau kelas.
    • Tajuk atau tema modul.
    • Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
    • Tempoh pelaksanaan aktiviti.
    • Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti.
    • Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul.
    • Aktiviti yang relevan dengan topik PdP (contoh).
    • Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid.

Kriteria ini juga dikongsikan oleh Cikgu Hailmi dalam tulisannya 8 kriteria hasilkan modul pembelajaran PdPr berkualiti, Backup Plan untuk murid tak masuk kelas dalam talian.

Muat Turun Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5

Sekiranya ingin hasil yang sama seperti paparan yang dikongsikan, pastikan cikgu-cikgu telah memuat turun jenis tulisan berikut dan mengaktifkannya di komputer masing-masing:

  •  KBSticktoIt
  •  AtlantaRounded
  • Syazalina83v2

Dapatkan Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5

Modul ini mengandungi 10 halaman termasuk muka hadapan. Boleh ubah suai dengan mudah menggunakan perisian Microsoft Office.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian  ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakan-rakan guru yang sama-sama mengajar Bahasa Melayu Tahun 5.

Semoga Ramadan ini membawa seribu satu hikmah kepada kita semua. Tetaplah kuat meskipun terkadang hidup sarat ujian dan tekanan. Allah uji kerana kasih sayang-Nya.

Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My ya! 🙂

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.