Home Bahan Bantu PdPc Buku Teks Digital KPM Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 – PDF

Buku Teks Digital KPM Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 – PDF

by Cikgu Ayu dot My
buku teks digital kpm

Koleksi Buku Teks Digital Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 ini saya kongsikan juga di sini untuk memudahkan rujukan di kemudian hari. Pembelajaran dalam talian merupakan pilihan utama dalam musim pendemik ini. Lebih-lebih lagi buat guru dan murid yang terlibat dengan penutupan sekolah.

Buku Teks Digital akan memudahkan guru dan murid untuk mengakses bahan tersebut dengan mudah. Kesemua salinan lembut (softcopy) buku teks telah dimuat naik oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Google Drive.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Definisi Buku Teks Digital KPM

Buku teks digital merupakan naskah rujukan warga pendidikan untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Buku-buku ini mula dimuat naik untuk memudahkan pembelajaran dalam talian.

Penyediaan buku teks adalah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Buku teks ini disusun mengikut kurikulum terbaharu, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Muat Turun Buku Teks Digital KPM – KSSR

Muat turun Buku Teks Digital KPM Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam format PDF melalui pautan yang disediakan di bawah:

Muat Turun Buku Teks Digital KPM – KSSM

Muat turun Buku Teks Digital KPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam format PDF melalui pautan yang disediakan di bawah:

Buku Teks Digital KPM Lengkap KSSR / KSSM

Buku Teks Digital KPM KSSR / KSSM ini akan dilengkapkan oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa untuk tujuan pembelajaran murid-murid.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian kali ini dapat membantu memudahkan urusan guru-guru yang turut memerlukan Buku Teks Digital KPM Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 dalam format PDF ini. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Related Posts

1 comment

rosdi hasan bin embong January 17, 2021 - 10:55 AM

buku teks tahun 3

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.