Nota dan Latihan Penjodoh Bilangan Tahap 1 ini saya sediakan untuk pembelajaran anak-anak, sama ada di sekolah atau di rumah.
Semasa berada di tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun3), murid-murid dibimbing untuk menggunakan penjodoh bilangan untuk membina ayat mengikut konteks.
Penjodoh Bilangan Tahap 1
Pengertian dan penerangan ringkas ini saya petik melalui Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1 (KSSR Semakan 2017).
Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama dengan kata bilangan untuk membilang sesuatu seperti benda, haiwan, tempat dan lain-lain. Contohnya:
- sepasang cermin mata
- sebuah kamera
- sebentuk cincin
- sekaki payung
- seurat gelang
Muat Turun Nota dan Latihan Penjodoh Bilangan Tahap 1
Muat turun Nota dan Latihan Penjodoh Bilangan Tahap 1 melalui pautan di bawah:
Boleh klik Latihan Bahasa Melayu untuk bahan-bahan pembelajaran yang lain.
Semoga dengan perkongsian Nota dan Latihan Penjodoh Bilangan Tahap 1 kali ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada rakan-rakan guru yang singgah ke sini. Semoga semuanya dalam reda Ilahi.