Punch Card Murid untuk catat kehadiran ini banyak dilaksanakan di sekolah untuk memotivasikan murid. Di sekolah saya juga sudah bermula pada tahun 2013, waktu itu saya masih guru setahun jagung. Namun syukur, Allah tempatkan di sekolah yang sangat bagus untuk saya belajar jadi guru yang proaktif.
Membantu Melancarkan Pengurusan Murid
Penggunaan Punch Card ini boleh dijadikan rutin harian yang baik. Kebiasaannya, murid akan menyemak carta kehadiran sejurus tiba di dalam kelas. Ketua kelas atau guru waktu pertama akan mengubah kedudukan murid yang tidak hadir ke dalam bakul atau gantung di tempat yang telah dilabelkan.
Carta kehadiran ini pastinya membantu guru-guru membuat semakan keberadaan murid sebelum memulakan sesi pembelajaran. Guru boleh mengenal pasti murid yang tidak hadir atau tidak berada di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran.
Tidak hanya digunakan untuk mengesan kehadiran, guru juga boleh memanfaatkannya sebagai motivasi supaya murid dapat konsisten hadir ke sekolah. Ketidakhadiran murid pastinya berserta seribu satu alasan, namun dengan adanya rekod kehadiran dan ganjaran, sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran buat anak-anak ini.
Muat Turun Punch Card Murid
Guru-guru boleh muat turun punch card ini melalui pautan yang disediakan. Berikut merupakan butiran fail yang telah disediakan:
- Format : Microsoft Word (.docx)
- Jenis tulisan (font) : Comic Sans MS
- Saiz fail : 4.7 MB
Akhir Kalam
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat rakan-rakan dalam menguruskan persekitaran bilik darjah yang lebih tersusun. Sekiranya terdapat idea, perkongsian dan cadangan, boleh hubungi saya melalui Telegram @CikguAyudotMy. Moga Allah limpahkan kasih sayang buat kita semua.