Home Info Guru Logo, Tema dan Lagu Hari Kebangsaan 2018

Logo, Tema dan Lagu Hari Kebangsaan 2018

by Cikgu Ayu dot My
Sayangi Malaysiaku

Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2018 telah dilancarkan secara rasmi. Sekolah-sekolah sudah boleh mula atur program Sambutan Hari Kebangsaan masing-masing dengan adanya maklumat-maklumat ini.

Tema Hari Kebangsaan 2018

Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo Hari Kebangsaan tahun ini telah dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Maksud Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.Logo Merdeka 2018, logo hari kebangsaan 2018, Logo sayangi malaysiaku

Lagu Hari Kebangsaan 2018

Selain logo, turut dilancarkan lagu bertemakan Hari Kebangsaan 2018 bertajuk Kita Punya Malaysia yang berentak pop dan dicipta penyanyi Sam Bunkface. Insha-Allah sedikit masa lagi saya kongsikan buku program. Jika mahu gunakan rekaan buku program tahun sebelumnya, boleh ke pautan: [Buku Program 2017]

Related Posts

2 comments

AFIDA IBRAHIM August 7, 2018 - 1:02 PM

TQ cikgu

Reply
Cikgu Ayu dot My September 14, 2018 - 10:14 AM

Sama-sama. 🙂

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.