Komponen Bahasa

Karangan Jenis Autobiografi

0

Karangan Jenis Autobiografi merupakan antara karangan yang digemari penggubal kertas peperiksaan. Karangan jenis ini juga merupakan kesukaan murid memandangkan mereka hanya perlu membayangkan diri mereka sebagai sesuatu benda secara terperinci. Penulisan yang baik, pastinya mempunyai nilai-nilai murni yang tersendiri.

Cadangan Isi Karangan Jenis Autobiografi

  • tempat asal – nama – dilahirkan di mana – proses pembuatan – dibungkus
  • perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran – di mana dipamerkan – bertukar milik
  • proses penggunaan dengan tuan baru – akhir hayat
  • perasaan – sedih atau gembira

Contoh Karangan Autobiografi
– Aku Sepasang Kasut

Aku sepasang kasut. Namaku Puma. Aku diproses di sebuah kilang di Shah Alam. Badanku diperbuat daripada kulit dan kain yang berkualiti. Tapakku pula diperbuat daripada getah. Badanku berwarna hitam dan merah.

               Setelah siap diproses, aku disusun ke dalam kotak bersama kawan-kawanku untuk dihantar ke Kedai Kasut Tesco. Aku dipamerkan di atas rak. Ramai yang suka pada warnaku yang menarik. Aku kemudiannya dibeli oleh seorang kanak-kanak bernama Aiman Tino.

               Aiman memakaiku pada setiap petang untuk bermain bola di sekolahnya. Aku dijaga dengan baik. Badanku dicuci apabila kotor. Aku sangat gembira bersama tuanku, Aiman.

               Pada suatu hari, Aiman tersepak seketul batu yang besar. Aiman terjatuh dan badanku pula koyak teruk. Aiman menangis melihat keadaan aku.

                Ayah Aiman telah membelikannya kasut baharu. Aku dibuang ke dalam tong sampah kerana tidak dapat digunakan lagi. Walaupun sedih, aku tetap gembira kerana pernah berbakti kepada tuanku.

 

Cikgu Ayu dot My
Blog Cikgu Ayu dot My merupakan laman perkongsian ilmu dalam bidang perguruan. Para pengunjung blog ini dialu-alukan untuk menyumbang idea dan bahan untuk sama-sama dimanfaatkan bersama pendidik yang lain. - [email protected]

Penilaian Murid dalam PAK21

Previous article

Logo, Tema dan Lagu Hari Kebangsaan 2018

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.