Beza ‘Learning Objective’ dan ‘Success Criteria’

Beza ‘Learning Objective’ dan ‘Success Criteria’

Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui transformasi pengajaran alaf ke-21, Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success Criteria) merupakan paparan penting di dalam bilik darjah. Murid akan lebih peka tentang apa yang mereka pelajari dan apa yang sepatutnya mereka capai sejurus tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk menggunakannya. Elemen ini akan lebih mudah difahami melalui penyoalan. Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal, “Apa?”. Contohnya, “Apa yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi pembelajaran yang hendak disampaikan.

Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya “bagaimana?”. Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian yang boleh dikatakan mereka berjaya?”.

Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan:

  • Objektif pembelajaran:
    Murid belajar untuk memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk dengan betul.
  • Kriteria Kejayaan:
    Murid dapat:
    – Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk dengan betul.
    – Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk dengan betul.
    – Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk dengan betul.

Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi pembelajaran bermula, maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan teratur. Alaf ke-21 bukan lagi zaman mengurung objektif pembelajaran di dalam rekod pengajaran guru sahaja, kongsikan bersama murid-murid kita!

Mulakan sekarang, muat turun label dan tampal di papan putih bilik darjah:
Muat-Turun

Jangan lupa kongsi bersama rakan:
Share on FacebookShare on Google+Email this to someoneTweet about this on TwitterPin on Pinterest


12 thoughts on “Beza ‘Learning Objective’ dan ‘Success Criteria’”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *